suria

Serangan jantung tak kenal mangsa, 4 pemain bola sepak dunia ini meninggal dunia di padang pada usia 20-an

Keranda Morosini diusung menuju ke sebuah gereja sebagai penghormatan terakhir buat pemain itu yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika usia 26 tahun pada 2012.

PEMAIN bola sepak adalah antara mangsa serangan jantung walaupun secara fizikalnya, mereka kelihatan cergas.

Serangan jantung jugalah antar faktor utama yang membawa kepada kematian beberapa pemain bola sepak dunia.

Sehingga kini terdapat beberapa nama pemain bola sepak terkenal dunia yang mengakhiri karier mereka buat selama-lama di padang dan empat daripadanya adalah:

4. Miklos Feher

Feher meninggal dunia pada usia 25 tahun.

Miklós “Miki” Fehér (20 Julai 1979 – 25 Jan 2004) merupakan penyerang Hungary yang mengalami serangan jantung ketika beraksi untuk kelabnya, Benfica.

Insiden berlaku ketika usianya 25 tahun dalam aksi Benfica bertemu Vitoria de Guimaraes dalam Liga Portugal.

Feher bermain sebagai pemain simpanan dan hanya beberapa minit selepas masuk ke padang, dia berjaya membantu rakan sepasukannya Fernando Aguaiar menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Dia juga turut menerima layangan kad kuning dalam aksi itu. Ketika itu juga kelihatan dia cuba mengejar pemain lawan dalam keadaan kesakitan sebelum jatuh pengsan.

Feher cuba diselamatkan oleh pasukan paramedik yang berada di padang, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor pasukan.

Susulan insiden itu, Benfica menyimpan nombor 29 miliknya.

3. Piermario Morosini

Morosini meninggal dunia pada usia 26 tahun akibat serangan jantung.

Piermario Morosini (5 Julai 1986 – 14 April 2012) merupakan pemain tengah pasukan Itali.

Ketika usianya 26 tahun, Morosini bermain bersama kelabnya Livorno menentang Pescara dalam Serie B. Pada minit ke 31 perlawanan, Morosini mengalami sakit dada dan jatuh di padang.

Dia tidak sedarkan diri walaupun bantuan kecemasan diberikan.

Morosini menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum tiba di Hospital Santo Spirito.

Selepas kematiannya, semua perlawanan Liga Itali berkabung selama seminggu.

Kelab Livorno dan Vincenza menggantung jersi nombor 25 yang dipakai oleh Morosini ketika beraksi di kedua-dua kelab untuk selama-lamanya.

2. Daniel Jarque

Jarque sehingga kini masih disebut-sebut bekas rakan sepasukannya.

Daniel Jarque i Gonzalez (1 Januari 1983 – 8 Ogos 2009) merupakan pemain pertahanan Sepanyol sepanjang hayatnya.

Dia merupakan kapten Espanyol ketika insiden menyedihkan berlaku ke atas dirinya.

Jarque ditemui mati pada usia 26 tahun di bilik hotel pasukannya ketika menyertai jelajah pra musim di Coverciano, Itali.

Dia dilaporkan sedang bercakap melalui telefon dengan teman wanitanya ketika berlaku serangan jantung.

Pada 2009, ketika aksi kemenangan Arsenal 6-1 ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana, kelihatan Cesc Fabregas meraikan jaringan keduanya dengan memakai baju-T bernombor 26 milik Jargue.

Fabregas dan Jargue merupakan rakan baik ketika bersama dalam skuad Bawah 21 Sepanyol.

Malah Andres Iniesta turut meraikan jaringan golnya ketika menang ke atas Belanda dalam aksi Piala Dunia 2010 dengan memakai baju -T bertulis:" Dani Jargue seimpre con nosotros" (Dani Jarque selalu ada dengan kami).

1. Phil O 'Donnell

Phil O'Donnell (kiri) terkenal dengan jaringan menerusi ketika bersama Motherwell.

Phillip “Phil” O’Donnell (25 Mac 1972 – 29 Disember 2007) merupakan pemain sayap Scotland yang beraksi untuk kelab Motherwell, Celtic dan Sheffield Wednesday sepanjang kariernya.

Dia merupakan pemenang dua kali Anugerah Pemain Muda Terbaik Scotland.

Pada 29 Disember 2007, Phil O' Donnell beraksi untuk Motherwell menentang Dundee United.

Dia turut menjaringkan gol cantik menerusi tandukannya.

Ketika dia dan pasukannya meraikan jaringan itu, Phil O'Donnell tiba-tiba terjatuh.

Pegawai perubatan termasuk doktor kelab cuba memberi bantuan, namun selepas lima minit dia dibawa ke Hospital Wishaw.

Dia disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Ketika itu Phil berusia 35 tahun.

pemain, mati, serangan jantung, dunia

Artikel Lain