suria

Skuad Seladang bakal tambah peminat wanita, calon pemain import persis artis K-pop... Wow!

Hyo-Seok menjadi bualan peminat-peminat bola sepak tanah air. Foto Instagram Hyo-Seok

TIDAK dinafikan kehadiran pemain import antara faktor persaingan menarik dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Setiap awal musim Liga-M membuka tirai ada sahaja wajah baharu pemain import yang mencuri perhatian peminat-peminat bola sepak, sama ada disebabkan nama besar, wajah, latar belakang dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Dennis Bekking di AMD?

Selain prestasi menjadi bualan utama, turut menjadi perhatian adalah rupa paras dan karektor pemain itu sendiri.

Wajah kacak Hyo-Seok bakal mendapat perhatian peminat wanita.

Terbaharu, timbul spekulasi bahawa Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bakal membawa masuk seorang pemain import persis selebriti K-pop.

Biarpun belum ada pengumuman rasmi mengenai kehadiran Jeon Hyo-Seok, hakikatnya nama pemain berusia 22 tahun kelahiran Korea Selatan ini sudah menjadi bualan peminat-peminat skuad Seladang ini.

Apa tidaknya, Hyo-Seok dilihat sebagai pemain muda yang mempunyai wajah yang mampu menarik peminat-peminat Perak terutama golongan gadis ke stadium.

Hyo-Seok baru berusia 22 tahun.

Dengan ketinggian 1.8 meter, pemain yang beraksi di bahagian pertahan ini memiliki pakej lengkap sebagai selebriti di padang.

Bagaimanapun sebelum itu, bekas pemain Asan Mungunhwa FC ini perlu melepasi ujian latihan di bawah bimbingan Mehmet Durakovic.

Sebelum ini, pengurus pasukan Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah mengakui Hyo-Seok masih dalam penilaian dan perlu menjalani latihan penyesuaian terlebih dahulu.

Hyo-Seok dilaporkan sedang menjalani latihan percubaan bersama pasukan Perak.

PROFIL HEON HYO-SEOK

Nama: Jeon Hyo-Seok

Tarikh lahir: 28 Mei 1997

Umur: 22 tahun

Asal: Korea Selatan

Posisi: Pertahanan

Kelab terakhir (kontrak sehingga 1 Januari 2020): 4 Januari 2020

Aksi: Liga Korea 2 dan Piala FA Korea

Nilai pasaran semasa: 75,000 euro (RM346,000)

Artikel Lain