suria

Awas City! Sang Juara Eropah pencabar utama gelaran raja England

Chelsea bakal menjadi pencabar utama Manchester City untuk saingan Liga Perdana musim ini.

JUARA baru UEFA Super Cup, Chelsea memiliki ketajaman di jentera serangan dan dijangka muncul sebagai pencabar utama Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kemenangan di final Liga Juara-Juara Eropah Mei lalu memastikan kejayaan ketiga berturut-turut The Blues ke atas City dalam semua pertandingan.

Ketika ini hanya dua pengurus, Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel yang berjaya mengatasi Pep Guardiola tiga kali berturut-turut sejak pengurus City itu meninggalkan Barcelona B.

ARTIKLE BERKAITAN: Tuchel akui sedikit bertuah... Sudah berbulan rancang guna Kepa untuk penentuan penalti

ARTIKLE BERKAITAN: Ziyad, Abdul Latif, Ridzuan Puzi sandaran emas negara di Paralimpik

Klopp yang memacu Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2019/20 menafikan hasrat City untuk meraih kejuaraan kali ketiga manakala Tuchel kini dilihat berada di landasan terbaik untuk memburu trofi kejuaraan 2021/22.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sejak menggantikan Frank Lampard Januari lalu, Tuchel mengetuai Chelsea mengharungi 14 perlawanan awal tanpa kalah, menamatkan saingan liga di tempat keempat, layak ke final Piala FA dan menjuarai Liga Juara-Juara buat kali kedua.

Dalam 10 perlawanan awal di bawah kendalian Tuchel, Chelsea merekodkan 13 gol, menjadikan purata 1.3 per perlawanan.

Dengan apa yang dicapai pengurus itu, ia sesuatu yang luar biasa kerana dia tidak membawa pemain baharu ke dalam pasukan.

Di bawah kendalian Tuchel juga, Chelsea meledak 38 gol dalam semua pertandingan dan The Blues turut muncul pasukan ketiga paling banyak melakukan percubaan.

Kebarangkalian untuk menjaringkan gol menerusi permainan terbuka juga menyaksikan Chelsea merekodkan skor 42.5, kelima terbaik di saingan tertinggi.

Bekas pemain kelab dari London itu, Romelu Lukaku dijangka pulang ke pangkuan Chelsea apabila melengkapkan perpindahan secara rasmi untuk memperkemaskan barisan penyerang skuad itu.

Daripada aksi bersama Inter Milan musim lalu, Lukaku mencipta 63 peluang, lebih daripada apa yang dihasilkan pemain Chelsea lain kecuali Mason Mount yang merekodkan 109 peluang. - Fotmob

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain