suria

Nama Velodrom Datuk Azizulhasni Awang boleh beri inspirasi kepada generasi baru

Velodrom yang terletak di Kampung Balai Besar itu mula dibina pada 2010 dengan menelan kos sebanyak RM11.8 juta.

SARANAN supaya velodrom Dungun dinamakan sebagai Velodrom Datuk Azizulhasni Awang dijangka mampu memberi inspirasi kepada generasi baru dan peminat sukan tersebut selain melakar sejarah buat negara.

Bekas menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mencadangkan nama tersebut berkata, walaupun terdapat dasar yang menetapkan bahawa bangunan tidak boleh dinamakan sempena nama individu yang masih hidup.

Tetapi katanya Kabinet bagaimanapun masih boleh memberi keistimewaan tertentu untuk membolehkan perkara tersebut dilakukan.

"Misalnya Arena Datuk Nicol Ann David di Bukit Jalil untuk gelanggang squash atau Pusat Akuatik Pandelela Rinong di Kuching.

"Lain-lain negara banyak yang boleh dicontohi. Rod Laver Arena di Melbourne dan Arthur Ashe Stadium di Amerika Syarikat. Nama adalah sumber inspirasi. Inspirasilah yang membina generasi akan datang," tulisnya di laman Facebook.

ARTIKLE BERKAITAN : Ditawarkan flat, premis komersial dan wang tunai, tapi bapa penerjun cilik China ini tolak semuanya

ARTIKLE BERKAITAN : Ziyad, Abdul Latif, Ridzuan Puzi sandaran emas negara di Paralimpik

Velodrom yang terletak di Kampung Balai Besar itu mula dibina pada 2010 dengan menelan kos sebanyak RM11.8 juta dan dijangka siap pada April tahun depan.

Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman berjaya merangkul pingat perak dalam acara keirin selepas mengetepikan saingan pelumba Belanda, Harrie Lavreysen yang meraih pingat gansa.

Emas bagi acara tersebut dimenangi pelumba Britain, Jason Kenny.

Kejayaan tersebut sekali gus memperbaiki rekod empat tahun lepas dalam temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio yang menyaksikan belia meraih pingat gansa juga dalam acara yang sama.

Artikel Lain