suria

Alica Schmidt dedah sebab mengapa dia tidak memerah keringat di Olimpik Tokyo 2020

Schmidt berkongsi cerita berhubung ketiadaannya di trek semasa temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tempoh hari. — AGENSI.

RAMAI yang menantikan kemunculan atlet jelita Jerman, Alica Schmidt di temasya Olimpik Tokyo 2020 yang lalu. Namun, penantian peminat berakhir hampa selepas kelibat gadis berusia 22 tahun itu tidak kelihatan pada acara 4x400 meter berganti-ganti.

Mendapat jolokan atlet paling seksi dunia serta pernah menolak lamaran untuk beraksi depan kamera bersama majalah Playboy sebelum ini, Schmidt yang telah berada di bumi Tokyo akhirnya berkongsi sebab berhubung kehilangannya di trek balapan menerusi Instagram peribadinya baru-baru ini.

Schmidt mendapat jolokan atlet paling seksi selepas kisah mengenainya dirinya menjadi viral empat tahun lalu.

SCHMIDT mendapat jolokan atlet paling seksi selepas kisah mengenainya dirinya menjadi viral empat tahun lalu. — AGENSI.

Berdasarkan status berkenaan, pelari pecut Jerman itu menjelaskan bahawa dia gagal mendapat tempat dalam pasukan untuk saringan awal selepas simulasi latihan perlumbaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gandingan van Dijk-Gomez kembali perkasakan Liverpool

Meskipun tidak dapat beraksi, Schmidt bagaimanapun masih kekal positif dan memberitahu bahawa dia akan terus berusaha untuk mengembangkan kariernya pada masa akan datang.

Schmidt mendapat sorotan media selepas kisahnya menjadi viral empat tahun yang lalu.

Dia bukan hanya dipuji kerana kecantikannya tetapi kejayaan di acara sukan trek antarabangsa juga telah membuka laluan untuk buat gadis itu untuk mencapai impian menjejakkan kaki di pentas Olimpik.

WALAUPUN gagal beraksi di Olimpik Tokyo 2020, Schmidt masih positif dan menyokong perjuangan rakan-rakan lain di sana.

WALAUPUN gagal beraksi di Olimpik Tokyo 2020, Schmidt masih positif dan menyokong perjuangan rakan-rakan sepasukan. — AGENSI.

Jutaan peminat yang kempunan untuk melihat Schmidt beraksi di Olimpik Tokyo 2020 lalu turut membanjiri ruangan mesej dan komen atlet itu dengan kata semangat dan sokongan.

Berdasarkan status itu juga, Schmidt turut mengucapkan penghargaan buat peminat yang tidak putus-putus memberi dorongan dan mendoakan kejayaannya.

"Saya mendapat banyak mesej daripada anda sejak beberapa hari lalu. Anda semua tidak sabar menanti penampilan saya dalam acara 4x400m di Olimpik.

MENJADI atlet untuk sukan Olimpin merupakan impian terbesar Schmidt.

KEMUNCULAN Schmidt di trek sentiasa dinantikan oleh peminat acara sukan berkenaan. — AGENSI.

"Saya berterima kasih di atas pengalaman yang dikutip di Tokyo. Saya harap karier olahraga saya akan terus berkembang," kata Schmidt.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada acara 4x400m, pasukan Jerman bagaimanapun gagal untuk menempatkan diri mereka ke final.

Schmidt yang sepatutnya bertanding untuk acara 4x400m campuran juga sekadar diletakkan sebagai pelari simpanan.

Sebelum ini, Schmidt pernah menyerlah dalam Kejohanan Bawah-20 Tahun Atlet Eropah 2017 dalam acara 4x400m berganti-ganti selepas meraih pingat perak.

Mempunyai lebih 1.7 juta pengikut di laman sosial Instagram, Schmidt disifatkan sebagai atlet yang mempunyai perwatakan yang sopan dan merendah diri meskipun mendapat jolokan paling seksi. - New York Post

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

schmidt, alica, olimpik, instagram,

Artikel Lain