suria

Schumacher sifatkan Hamilton terlalu berdrama

SCHUMACHER menyifatkan Hamilton terlalu dramatis kerana menyatakan bahawa dia cedera akibat kemalangan itu.— AGENSI

BEKAS pelumba Formula satu (F1), Ralf Schumacher berpendapat bahawa Lewis Hamilton dan Mercedes terlalu 'dramatik' dalam memberi komen tentang kejadian yang berlaku pada dirinya dengan Max Verstappen di Monza, Itali.

Menurut Schumacher, pelumba berusia 36 tahun itu terlalu berdrama apabila mengatakan bahawa dia sebenarnya cedera akibat pelanggaran sesama sendiri di pertengahan perlumbaan.

"Saya rasa Hamilton terlalu dramatis jika benar dia cedera bagaimana dia boleh ke New York pada hari berikutnya untuk menghadiri suatu acara," katanya.

Schumacher juga tidak gemar dengan cara pengurus Mercedes, Toto Wolff mempertahankan kritikan terhadap Hamilton.

Jelasnya dia tidak suka dengan kenyataan Wolff yang sering mengatakan, 'Itu bukan bagaimana anda bercakap tentang juara dunia tujuh kali.'

Terdahulu, penyandang juara, Hamilton dan pendahulu keseluruhan musim ini, Verstappen berlanggar ketika pelumba Britain itu ingin memasuki semula Litar Monza selepas keluar dari hentian pit.

Akibat kemalangan itu, Hamilton dan Verstappen tersingkir dari perlumbaan F1 Grand Prix (GP) Itali.— Agensi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain