suria

Warna-Warni KL2017, Jumaat

PANAHAN EMAS! Pemanah negara Fatin Nurfatehah Mat Salleh bersama Mohd Juwaidi Mazuki meraikan kejayaan meraih pingat emas dalam acara memanah (Compound) berpasukan campuran KL2017 di Padang Sintetik Bukit Jalil, Jumaat. -fotoBERNAMA

BERIKUT adalah gambar-gambar suasana Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung Jumaat:


Skuad futsal wanita negara sebelum menentang Myanmar pada Sukan SEA KL2017 di gelanggang futsal Kompleks Sukan Panasonic malam Jumaat. -fotoBERNAMA

Atlet Malaysia, Gan Hua Wei dan Lee Yhing Huey membuat persembahan menarik bagi meraih Pingat Perak acara Rutin Duet Teknikal Renang Berirama Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil, Jumaat.- fotoBERNAMA

JELAS GEMBIRA! Pemain Malaysia Mohamad Fikri Makram Wan Mohd Rosdi jelas gembira dengan bola di tangannya ketika beraksi pada perlawanan kriket lelaki menentang Thailand pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Kinrara Oval, di sini, Jumaat. Malaysia menewaskan Thailand dengan 160 larian. -fotoBERNAMA

Gandingan Gan Hua Wei dan Lee Yhing Huey (kiri) dari Malaysia terpaksa berpuashati dengan Pingat Perak selepas dikecewakan Regu Singapura, Debbie Soh Li Fei dan Miya Yong Hsing (tengah) dengan kelebihan satu mata dalam acara Rutin Duet Teknikal Renang Berirama Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil Jumaat. Singapura emas dengan 75 mata, Malaysia perak 74 mata manakala Indonesia Gangsa. -fotoBERNAMA 

Pemain Malaysia, Norashikin Kamalzaman (tengah) cuba menjaringkan gol melakukan sambil diasak pemain Filipina, Aquino Teresa Angeline (kiri) dalam acara Bola Jaring Sukan Sea KL2017 di Stadium Juara Bukit Kiara Jumaat. Malaysia menunjukkan taringnya dengan membelasah Filipina 96 - 11. -fotoBERNAMA

TAHNIAH! Perenang lelaki negara Kevin Yeap Soon Choy dan perenang wanita negara Heidi Gan memenangi emas dalam acara Renang Terbuka 10 KM di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini, Jumaat. -fotoBERNAMA

KL2017, Sukan SEA 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain