suria

Menang Emas Luar Jangkaan

Irwandie Lakasek meraikan kejayaan mendapat pingat emas dalam acara scratch lelaki Sukan Sea 2017 di Velodrom Nasional, Ahad. fotoBERNAMA

NILAI: Pelumba Scratch Lelaki negara Irwandie Lakasek tidak menyangka mampu menghadiahkan emas buat kontijen negara meskipun acara yang disertainya tidak disenaraikan sebagai acara yang boleh menuai emas.

Beliau berkata ini kerana temasya Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) merupakan penampilan  sulungnya dan beliau berjaya menghadiahkan pingat emas kepada negara.

“Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang menyokong saya, mak ayah saya di Kemaman, Terengganu dan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Pembukaan untuk acara trek ini, Alhamdulillah pingat emas pertama saya sumbangkan...memang saya rasa sangat gembira,” katanya kepada pemberita selepas menerima kalungan pingat di Velodrom Nasional di sini, Ahad.

Dalam acara Scratch Lelaki yang disertai 11 pelumba melibatkan jarak 15 kilometer membabitkan 60 pusingan, Irwandie yang bergandingan dengan Muhamad Afiq Huznie Othman berjaya menamatkan saingan masing-masing ditempat pertama dan keempat.

Mengulas pecutannya pada dua pusingan terakhir selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok pertama bersama dua pelumba Thailand, anak kelahiran Kemaman itu berkata beliau cuba fokus sebaiknya dan berjaya memintas pesaingnya untuk meraih emas.

"Selepas ini saya nak fokus untuk layak ke Olimpik Tokyo dan saya merasakan dengan kemenangan ini saya mampu untuk pergi lebih jauh. Untuk hari ini, memang saya set untuk dapatkan emas dan saya membuat persiapan selama dua tahun dan banyak kejohanan yang saya sertai,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir acara Scratch dipertandingkan adalah pada Sukan SEA 2011 di Indonesia di mana Malaysia meraih emas menerusi Mohd Harrif Saleh. - BERNAMA

KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain