BERIKUT adalah gambar-gambar suasana Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung pada Ahad: TUJUH EMAS... Atlet boling padang negara Emma Firyana Saroji (atas) dijulang rakan sepasukan sambil memegang kad bertulis '7 GOLD' setelah tamat acara akhir Boling Padang Solo Wanita Sukan SEA Ke 29 KL2017 di Pusat Boling Padang Kebangsaan, Kompleks Sukan Kebangsaan Bukit Kiara pada Ahad. Penerjun negara Cheong jun Hoong melakukan terjunan acara akhir 1 Meter Papan Anjal Sukan SEA ke 29 KL2017 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada Ahad. Gimnas negara terus unggul, selepas menghadiahkan emas ketiga gimnastik berirama acara akhir aparatus tunggal (lima gelung) berkumpulan temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia pada Ahad. Atlet negara Aina Sorfina Mohd Aminudin meluncur dengan gaya menarik pada acara Luncur Ais kategori 'Senior Ladies Free Skating' Sukan SEA KL2017 di Empire City pada Ahad. Pasukan boling padang meraikan kejayaan Muhammad Soufi Rusli meraih Emas dalam acara akhir boling padang solo lelaki Sukan SEA Ke 29 KL2017 di Pusat Boling Padang Kebangsaan, Kompleks Sukan Kebangsaan Bukit Kiara, Ahad.