suria

Skuad Berbasikal Trek Negara Cemerlang

Penaung Majlis Paralimpik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah bergambar bersama para pemenang acara 3Km Individu Kejar Mengejar (C1, C2, C3) Campuran Sukan Para Asean KL2017 di Velodrom Nasional pada Isnin. fotoBERNAMA

NILAI: Skuad berbasikal trek negara berjaya melepasi sasaran yang diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN) apabila membolot semua 12 emas dalam kesemua acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) KL 2017 di Velodrom Nasional di sini.

Ketua jurulatih, Johari Mohd Nayan berkata walaupun petunjuk prestasi utama yang diberikan MSN agak tinggi, namun sikap positif atlet dan semangat juang yang tinggi dipamerkan mereka telah berjaya menterjemahkan limpahan kilauan emas.

"Saya agak terkejut dengan pencapaian atlet kita yang saya tak jangka kita bolehkutip kesemua 12 pingat emas dalam dua hari dipertandingkan. Ini permulaan yang baik.

"Esok kita ada satu hari rehat sebelum acara lebuh raya di Putrajaya dan atlet lebuh raya juga diberi tugas menggalas cabaran sama seperti pelumba trek dan ada pelumba trek kita akan juga bertanding di lebuh raya dan kalau mengikut apa yang distrategikan mungkin kita akan dapat lebih lagi pingat," katanya kepada pemberita selepas berakhir acara trek di sini, Isnin.

Ditanya mengenai sasaran empat pingat emas dalam acara lebuh raya, Johari berkata beliau yakin atlet para negara akan berusaha keras bagi merealisasikan impian.

Acara berbasikal lebuh raya akan bermula Rabu dan Khamis ini dengan jumlah 12 pingat emas ditawarkan. - BERNAMA 

Para Asean

Artikel Sebelum

Pape Souare Kembali!

Artikel Berikut

Artikel Lain