suria

Bila Masa Sesuai 'Shopping' Sakan Di Hong Kong?

-foto Internet

SEBENARNYA tiada masa yang tidak baik untuk membeli-belah di Hong Kong.

Semangat berniaga bandaraya ini telah menjadikan membeli-belah sebagai satu gaya hidup di sini, sepanjang tahun.

Tetapi, keterujaan membeli-belah semakin memuncak pada musim sejuk dan musim panas, apabila musim fesyen baharu bertembung dengan musim jualan.

Juga, tidak ada permulaan atau penutup bagi pusingan jualan murah.

Bagaimanapun, Disember hingga Februari adalah waktu yang popular bagi jualan murah, terutama sebelum dan semasa Krismas dan seterusnya ketibaan Tahun Baru Cina.

Kebanyakan koleksi musim bunga dan musim panas mula diletakkan di rak pada waktu ini juga. Mungkin inilah waktunya untuk anda dapat 'berborong' sakan di Hong Kong!

Sekitar Julai ke September, kebanyakan peniaga Hong Kong akan membuat promosi jualan murah musim panas untuk menarik orang ramai ke pantai.

Waktu ini jugalah label fesyen mula melancarkan gaya musim luruh dan sejuknya. -discoverhongkong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain