suria

Saksikan Batu Heksagon Di Geopark Hong Kong

Masa yang diambil untuk melengkapkan lawatan ke Geopark Hong Kong ini adalah selama 8.5 jam. - Nature Walk HK

SELAIN popular dengan industri filemnya, Hong Kong merupakan salah satu destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Negara itu bukan sahaja dihiasi dengan bangunan tinggi dan populasi yang padat, Hong Kong mempunyai bentuk muka bumi yang menarik.

Kawasan persisir pantai yang panjang dan berliku-liku menjadi galeri geologi semula jadi Hong Kong dengan pembentukan batu daripada aktiviti gunung berapi kira-kira 140 juta tahun lalu.(gambar)

Pemandu pelancong akan membawa pengunjung menelusuri laluan unik ini dengan berjalan di sepanjang High Island Reservoir di Sai Kung East Country Park dan bersambung ke titik akhir yang terletak di bahagian paling timur taman negara itu.

Di situ anda boleh melihat kolum dinding gunung berapi berbentuk heksagon.

Setiap pengunjung pasti terpegun dengan pemandangan batuan tersebut di samping mencuci mata dengan air empangan yang firus kebiruan, keindahan laut dan pulau di sekitarnya.

Tarikan: Kolum dinding gunung berapi berbentuk heksagon, Sai Kung Country Park dan Muzium  Sheng Yiu Hakka Village

Masa: 8.30 pagi setiap hari

Titik perjumpaan: Bahagian luar General Post Office, No 2 Connaught Place, Central, Hong Kong Island.

Tempoh: 8.5 jam

Tiket: Dewasa dan Kanak-kanak = 800 dollar Hong Kong (RM440) *Harga termasuk pengangkutan.

Tempahan: Telefon +852 9187 8641 dan e-mel [email protected]

Laman web: www.walkhongkong.com

geopark Hong Kong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain