suria

Tak Rugi Singgah HRC Hong Kong!

MENCARI Hard Rock Cafe (HRC) The Peak di Hong Kong tidaklah susah sangat kerana ia terletak di dalam bangunan Peak Tower Hong Kong.

Cuma, kalau nak ke sini, anda kena mendaki hingga sampai ke puncak.

Semestinya, The Peak Hong Kong memang menjadi tumpuan ramai pelancong, jadi, lagi mudahlah nak ke sini.

Ruang di HRC The Peak ini sederhana sahaj besarnya, tetapi masih menawarkan pelbagai koleksi pakaian seperti baju-T, jaket, aksesori dan koleksi HRC lain yang menjadi buruan ramai peminat HRC serata dunia.

Walau anda bukan peminat tegar HRC, tetapi jika kebetulan ada rakan kirim, kebetulan terjumpa dan kebetulan ada masa, tidak rugi singgah ke sini.

Kenapa ramai yang minat koleksi baju-T Hard Rock Cafe?

Berbeza lokasi dan negara, setiap HRC mempunyai koleksi rekaan yang berbeza setiap masa.

Selalunya yang menjadi pilihan adalah HRC City Tee berwarna putih, Limited Edition Tee dan juga koleksi 'fridge magnet' yang berbeza mengikut outlet.

Ada beberapa koleksi lain turut menjadi pilihan pengumpul seperti cawan kecil, pemetik gitar, pin baju dan banyak lagi. Lain peminat lain yang dikumpul.

Tapi yang pasti, setiap HRC mempunyai identiti masing-masing.

HRC The Peak terletak di puncak tertinggi di Hong Kong, Peak Tower.

Anda boleh naik ke The Peak ini dengan menaiki tram, bas atau teksi.

Alamat Hard Rock Cafe The Peak: Bangunan The Peak, Level 1, The Peak Galleria, Hong Kong atau talian telefon +852 2849 4166.

-www.mrjocko.com

Artikel Lain