ANDA merancang untuk bercuti ke Hong Kong tapi mahu tinggal di hotel bajet? Maklumat tentang 10 hotel bajet di sana ini mungkin membantu anda. Bishop Lei International House Hotel ini mempunyai bilik-bilik kecil, dengan pemandangan Victoria Harbour yang menakjubkan. Alamat: 4 Robinson Road, Mid-Levels Caritas Oswald Cheung International House -foto ederic flickr Hotel besar yang mempunyai 119 bilik ini dibuka pada 2006 di salah satu kampung tertua di Hong Kong, Tin Wan. Walaupun susun atur di dalamnya berfesyen lama, tetapi biliknya agak luas dengan pemandangan Laut Cina Selatan dan Aberdeen. Ia berdekatan dengan pantai-pantai di kawasan Selatan dan juga restoran Jumbo Floating di Aberdeen. Pengangkutan awam atau teksi boleh mengambil pelancong ke pusat bandar dalam masa 15 minit. Alamat: 20 Tin Wan Street, Tin Wan, Aberdeen Espace Elastique B&B -foto espace elastique Dua bilik yang luas bercantum dengan kafe bistro di tingkat atas bangunan tiga tingkat. Tempat yang sesuai untuk menjelajah Hong Kong melalui pendakian dan laluan berbasikal di bukit. Anda dapat menghirup udara yang segar sambil menjelajah Hong Kong. Alamat: 57 Kat Hing Street, Tai O, Lantau, New Territories Cosmo Hotel Mongkok -foto cosmo hotel Pilihan yang bijak bagi mereka yang suka meredah kesibukan di Mongkok. Hotel yang bergaya dan bersiling tinggi di Ivy Street dan bilik yang cerah, adalah kombinasi yang tenang dan kontras dari kawasan kejiranan di luar. Di samping mempunyai banyak kedai di luar, Mongkok juga adalah tempat yang ideal untuk dijelajah. Alamat: 88 Tai Kok Tsui Road, Kowloon YesInn Hostel @Fortress Hill -foto Randomwire Hotel ini mempunyai bilik yang selasa dengan warna yang tenang. Ia mempunyai Wi-Fi dan bilik yang bercantum. Tuala tidak disediakan percuma dan berharga di bawah £1 (RM5.60) setiap satu. Alamat: Flat B, 15F Front Block, Continental Mansion, 294 King's Road, Fortress Hill Y-Loft Y-Loft berada 20 minit dari MTR di pusat bandar, 20 minit dengan menaiki teksi dari pantai-pantai di kepulauan Hong Kong dan permulaan laluan pendaki berdekatan Tai Tam Country Park. Harga sewa bilik yang murah dengan bilik yang luas berlantai kayu. Mempunyai tingkap besar dan Wi-Fi percuma. Hotel ini juga menyediakan kemudahan bersenam dan 180 meter laluan untuk berjoging. Alamat: 238 Chai Wan Road, Chai Wan Hop Inn on Hankow -foto Hop Inn on Hankow Bilik yang direka dan dihias oleh pereka tempatan, membuatkan setiap bilik kelihatan indah dengan hasil seni. Di luar, terdapat pelbagai kedai di kawasan Tsim Sha Tsui (TST). Restoran-restoran dengan pelbagai makanan dari seluruh dunia dan kedai pakaian. Alamat: Flat A, 2F Hanyee Building, 19-21 Hankow Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon Hotel Bridal Tea House Hotel Bridal Tea House yang pertama telah dibuka di Yau Ma Tei pada 2003 di bangunan kediaman dan telah mempunyai banyak cawangan di 12 lokasi yang berbeza di sekitar kepulauan Hong Kong dan Kowloon. Hotel ini menyediakan bilik yang kecil dan bergaya. The Arthur Street Bridal Tea House adalah hotel yang paling digemari dan terletak di Yau Ma Tei, bersebelahan dengan kedai buah dan bakeri, serta 7-Eleven. Alamat: Sekitar Hong Kong InnSight Pilihan hostel yang berbaloi dengan harganya. Sebuah hostel kecil dengan lapan bilik berdekatan dengan stesyen TST, Taman Kowloon, dan Star Ferry, yang membawa pelancong ke Kepulauan Hong Kong dalam masa 10 minit dengan harga yang murah. Bilik-biliknya dilengkapi dengan pendingin hawa, bilik air dan Wi-Fi percuma. Alamat: 3F 9 Lock Street, Tsim Sha Tsui, Kowloon Sohotel -foto Denny Jr flick Dengan suasana yang malap dan gelap, Sohotel mempunyai bilik seluas 100 hingga 200 kaki persegi dan tingkap yang besar untuk mencerahkan ruang. Alamat: 139 Bonham Strand, Sheung Wan -sumber theguardian