suria

Jangan Lepaskan 10 Aktiviti Ini Di Resorts World Genting

-foto rwgenting.com

CUTI sekolah akan bermula tidak lama lagi!

Bagi ibu bapa yang ingin menggembirakan keluarga dan anak-anak, Resorts World Genting adalah salah sebuah lokasi paling sesuai untuk dikunjungi.

Dengan adanya pelbagai tarikan baharu yang ditawarkan, pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan di resort yang meriangkan dan diselubungi kabus ini.

Berikut ialah senarai 10 perkara yang wajib dilakukan di Resorts World Genting:

1. Menaiki kereta kabel


Nikmati pemandangan hutan hujan berusia 130 juta tahun dari udara semasa anda menaiki salah satu daripada 99 kereta kabel di Awana SkyWay. Mereka yang gemar cabaran pasti akan menikmati keseronokan ketika menaiki salah satu daripada 10 gondola berlantai kaca melalui perjalanan sejauh 2.8 kilometer dari Stesen Awana SkyWay ke puncak gunung hanya dalam tempoh 10 minit.

2. Menginap di hotel terbesar di dunia


Pemegang Rekod Dunia Guinness sebanyak dua kali, Hotel First World merupakan hotel terbesar dengan 7,351 bilik. Hotel ini memenangi gelaran tersebut kali pertama pada tahun 2006 dengan jumlah bilik sebanyak 6,118. Ia kembali merangkul gelaran yang sama pada tahun 2015 selepas Tower 3 siap dibina. Bagi penginapan yang selesa di resort ini, anda boleh pilih sama ada untuk menginap di bilik Wi-Fi, Triple atau World Club.

3. Menonton mesin 'winch' dan pertunjukan LED raksasa di Sky Symphony


Nikmati pertunjukan penceritaan visual menakjubkan di Sky Symphony di Aras 1 SkyAvenue. Ia adalah satu persembahan audio, visual dan ilusi grafik yang luar biasa. Semuanya melibatkan 1,001 biji bola 'winch' yang digantung menggunakan kabel pada siling berketinggian empat tingkat. Setiap persembahan menggabungkan kesan visual sinematik dan adunan muzik asli. Ia merupakan mesin 'winch' terbesar dipasang di dunia dan menjadi tarikan multimedia pertama seumpamanya.

4. Membeli-belah di SkyAvenue

SkyAvenue meletakkan tanda aras baharu dalam bidang membeli-belah, menjamu selera dan gaya hidup dengan menyediakan pelbagai pilihan menarik dengan empat tingkat ruang pusat beli-belah yang kini telah dibuka. Di Aras 2 antara tarikan terbaru, terdapat jenama-jenama seperti Sephora dan Uniqlo. Aras 3 menempatkan jenama fesyen-fesyen terkini dengan jenama popular seperti Thomas Sabo, Pandora, Kiehl, Body & Works, Joy & Peace, Shizen, L'Occitane, HLA dan banyak lagi. Paling baharu dibuka ialah H&M terletak di aras dua dan tiga dengan koleksi Justin Bieber serta pilihan-pilihan terbaru.

5. Nikmati pelbagai jenis pilihan makanan


Aras 1, SkyAvenue dimana terletaknya syurga makanan. Restoran Burger & Lobster yang pertama di Asia telah mencetus satu fenomena di media sosial sehingga terpaksa beratur panjang untuk menikmatinya. Lain-lain restoran popular termasuk Cafes Richard, La Fiesta, Motorino, Dragon-i, Din Tai Fung, Royale Vietnam, Dome, Morganfield's, Madam Kwan, Acme Bar & Coffee, Kyochon 1991, Tampopo dan banyak lagi. Malaysian Food Street berada di Aras 4 dan tidak lama lagi akan dibuka lebih banyak kafe dan bar berkonsep "al fresco".

6. Tonton filem-filem terkini di Pawagam Picturehouse

Satu lagi aktiviti riadah yang boleh dilakukan di Resorts World Genting ialah menonton wayang di panggung wayang terbaru di Picturehouse di Aras 1 SkyAvenue. Pawagam itu menawarkan filem-filem terkini dan kerusi boleh baring di kesemua empat panggung. Ia turut dilengkapi sistem bunyi terkini Dolby Atmos untuk kesan sinematik hebat.

7. Kunjungi SeniKome untuk pengalaman kebudayaan

SeniKome menonjolkan seni tradisional khususnya dari negeri-negeri pantai timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan di Aras 3 First World Plaza. Ia menawarkan ruang pameran pelbagai permainan tradisional, kawasan galeri, bilik tayangan projektor dan tempat acara serta teater holografik. Pada penghujung lawatan terdapat kedai cenderahati dan sebuah kafe mini yang menyajikan makanan tempatan terbaik dari ketiga-tiga negeri itu.

8. Asah kemahiran bermain permainan video anda di Vision City Video Games Park

Vision City memenuhi selera setiap orang. Peminat tegar mungkin boleh menikmati sesuatu seperti Dark Escape 3D, manakala peminat robot pasti teruja dengan mesin Transformers. Malah permainan Pac Man yang popular pada tahun 1980-an turut ada di sini. Permainan untuk semua peringkat umur termasuk Street Basketball, Ducky Splash and Toy Story turut ada.

9. Raja Monyet, Jelajah Dunia Pertama bersama Snoopy dan Acara serta Jerayawara Filem Justice Leaque


Jadi yang pertama menyaksikan Jelajah Dunia Pertama bersama Snoopy dari 52 buah negara pada 1 November hingga 1 Januari 2018 termasuk perarakan dan pelbagai aktiviti menarik serta patung belon Snoopy setinggi 6 meter di SkyAvenue. Tonton juga Pengembaraan Raja Monyet: Tongkat Emas Sakti bermula 11 November 2017 hingga 1 Januari 2018 di Genting International Showroom. Ia adalah pertunjukan akrobatik yang wajib ditonton. Buat peminat tegar Justice League, bersempena tayangan perdana filem itu, jom bergambar dengan adiwira seperti Superman, Batman dan Wonder Woman bermula 15 November hinga 1 Januari 2018 di SkyAvenue. Terdapat juga permainan, pameran dan sudut kanak-kanak.

10. Manjakan diri di M Spa

Ini menjadi tempat persinggahan terakhir paling sesuai selepas seharian kepenatan dengan aktiviti riadah. M Spa & Fitness merupakan tempat di mana elemen seperti wangian dan alunan muzik bersatu mewujudkan suasana yang menenangkan seiring dengan urutan badan, rawatan wajah dan badan, penjagaan tangan dan kaki. Terdapat juga Spa Remaja khas buat mereka yang berusia lapan hingga 15 tahun.

Artikel Lain