BERITA baik! Seperti yang dijanjikan, hadiah istimewa sekali lagi menunggu pembaca mStar Jelajah! Sempena cuti sekolah, kami akan menganjurkan peraduan 'Mai La Cuti Sekolah' untuk anda memenangi baucar bernilai RM50 daripada SOTA Travel bagi pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan di laman kami. Peraduan ini akan berlangsung selama empat minggu, bermula dari 20 November hingga 22 Disember 2017. Bagaimana mahu menang? Mudah saja caranya! Setiap Isnin bermula 20 November ini, kami akan menyiarkan satu artikel di mStar Jelajah yang mengandungi satu KATA KUNCI bergaris yang perlu anda cari. Sebaik sahaja kata kunci itu dikenal pasti, isi jawapan dan maklumat peribadi di ruang yang disediakan. 50 peserta yang menjawab soalan dengan betul setiap minggu akan dipilih sebagai pemenang. Mudah bukan? Jangan lupa sertai peraduan 'Mai La Cuti Sekolah'. Jumpa Isnin ini!