suria

17 Martabak Manis 'Paling Wow' Di Jakarta!

Martabak 65A. -foto IG martabak65a

TIDAK dapat dinafikan Jakarta adalah pusat makanan Indonesia dengan nasi padang menjadi antara menu kegemaran masyarakat tempatan dan pelancong.

Tetapi, kota ini juga terkenal dengan martabak manisnya.

Martabak manis adalah sejenis snek atau makanan pencuci mulut Indonesia yang dimasak dalam acuan leper bulat, mempunyai kerak yang rangup di bahagian tepinya dan dienakkan dengan aneka 'topping' seperti taburan coklat, kacang, keju dan macam-macam lagi.

-foto Instagram pecenongan43

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak gerai martabak manis yang 'muncul' di bandar ini kerana populariti dan permintaannya yang tinggi, baik daripada masyarakat tempatan mahu pun pelancong.

Sudah tentulah situasi ini membuatkan para peniaga berlumba-lumba untuk menawarkan menu ini dengan cara paling menarik, kreatif dan yang penting memenuhi selera pelanggannya.

Antara perasa atau taburan (topping) yang mendapat perhatian ramai termasuklah taburan coklat manis, Nutella, Toblerone, Ovaltine, kacang tanah atau durian.

Jika anda bercuti ke Jakarta, berikut disenaraikan lokasi-lokasi popular yang menjual hidangan ini.

Martabak Pecenongan 65A


Martabak Pecenongan 65A di Jalan Pecenongan, Jakarta Pusat, dikatakan menjadi perintis martabak premium di Jakarta apabila menggunakan topping mahal seperti Nutella dan Toblerone.

Jika tidak suka makanan manis, anda boleh mencuba martabak telur, dan jangan lupa juga mencuba martabak 'crispy'.

Alamat:

1- Jalan Pecenongan Raya No 65A, Jakarta Pusat

2- Pantai Indah Selatan 1, Ruko PIK Elang Laut Blok D No 28, Jakarta Utara

Martabak Pecenongan 43


Juga terletak di Jalan Pecenongan, Martabak Pecenongan 43 adalah pesaing terdekat 65A.

Dari segi rasa, ada yang gemarkan Martabak 43 dan ada juga memilih 65A, tetapi ada yang berpendapat Martabak 43 lebih konsisten dari segi kualiti walaupun pelanggannnya ramai.

Jika anda ke Martabak 43A, kami cadangkan anda mencuba 'topping' Nutella dan martabak rangup dengan topping mentega kacang JIF.

Alamat:

Martabak Pecenongan 43, Jalan Pecenongan no. 57

Martabak Orins


-foto IG martabakpizzaorins

Walaupun saiz sebiji martabak agak besar untuk dimakan secara individu, Martabak Orins terkenal dengan martabak mini yang saiz seperti tapak tangan orang dewasa.

Orins juga pakar dalam membuat martabak pizza. Martabak biasa selalunya dilipat selepas dikeluarkan dari acuan, tetapi Orins membiarkannya ia terbuka dengan topping ditaburkan di atas.

-foto IG martabakpizzaorins

Orins sangat 'bermurah hati' dengan topping mereka, walaupun ia bersaiz mini.

Untuk pilihan yang lebih sihat, cubalah martabak mini dengan keju cheddar dan jagung manis.

Alamat:

Jalan Cut Meutia no. 1 (ditambah 13 lokasi lain di Kawasan Greater Jakarta)

Martabak Boss


-foto IG martabakboss

Martabak Boss boleh dikatakan sebagai 'pendahulu' martabak DIY, yang mungkin boleh membuatkan anda keliru untuk membuat pesanan.

Anda boleh mula 'membina' martabak anda dengan memilih doh asas seperti taro, durian dan red velvet dan kemudian memilih topping premium seperti Nutella, Toblerone dan KitKat Green Tea atau pilih saja topping biasa seperti keju, kacang tanah dan taburan coklat.

Harganya agak mahal, bergantung kepada pilihan yang dibuat pelanggan.

Ada juga yang membuat martabak omelette berintikan salmon, steak daging lembu, tuna.

Alamat:

Martabak Boss, Food Art Menteng (ditambah 7 lokasi lain di Jakarta)

Martabakku Menteng


-foto IG martabakkumenteng

Juga terletak di Menteng, Jakarta Pusat. Seperti Martabak Boss, Martabakku Menteng lebih khusus dalam inovasi.

Satu-satunya martabak mereka yang benar-benar menarik adalah yang berbentuk kek gulung tetapi teksturnya yang lembut dan nipis bersama perasa di dalamnya menjadikan setiap gigitan begitu nikmat.

Walaupun Martabakku Menteng telah berkembang kepada perniagaan francais yang berjaya, kedai asalnya di Jalan Hos Cokroaminoto tetap menjadi yang terbaik.

Alamat:

Jalan Hos Cokroaminoto No. 1 (tambah 6 lokasi lain di Jakarta)

Martabak San Fransisco


Martabak San Fransisco sebenarnya bukan berasal dari Amerika sebaliknya dikesan berasal dari kota Bandung.

Sekarang, Martabak San Fransisco adalah salah satu martabak premium terbaik di seluruh Indonesia termasuk Kawasan Greater Jakarta, di mana 10 kedai telah dibuka. Rantaian mereka di Bintaro, Tangerang Selatan, adalah antara yang terbaik kerana konsisten menyediakan martabak berkualiti walaupun mendapat pesanan tinggi setiap hari.

Alamat:

Jalan Bintaro Utama Sektor 33A no. 29 (tambah 9 lokasi lain di Jakarta)

Martabak Sinar Bulan


Martabak Sinar Bulan terkenal kerana bersifat 'old skool'. Ia agak nipis dan dilipat separuh, menyerupai martabak tradisional sebelum topping mula diletakkan untuk menjadikannya tebal. Ia lebih mudah dipegang dan dimakan.

Gerabak Martabak Sinar Bulan di Grogol, Jakarta Barat telah dibuka selama beberapa dekad dan para peminat berpandangan ia mampu bertahan kerana rasa klasik selama bertahun-tahun.

Walau bagaimanapun, mereka tidak menentang inovasi, kerana walaupun menawarkan beberapa topping premium seperti Ovaltine dan KitKat, martabak dengan bau dan perasa pandan asli masih dikekalkan.

Alamat:

Jalan Dokter Muwardi Raya no. 39

Martabak Gokil


Kedai martabak yang terletak di Bellagio Boutique Mall, Kuningan, Jakarta merupakan martabak paling enak yang inovasinya sering ditunggu-tunggu. Sesuai dengan namanya yang bermaksud 'gila', pilihan topping martabak ini memang 'menggilakan'.

Apa yang dikatakan gila adalah hirisan buah-buahan seperti limau dan longan yang dijadikan sebagai topping.

Martabak marshmallow Gokil juga tidak menghampakan apabila ia menggabungkan kelembutan martabak dan marshmallow cair.

Alamat:

Martabak Gokil, Bellagio Boutique Mall, Jalan Lingkar Mega Kuningan (tambah 2 lagi lokasi di Jakarta)

Martabak Blackpool


Martabak Blackpool lahir sempena warna hitamnya yang menyerlah dan menawan. Ia enak dimakan dengan keju krim dan martabak Oreo.

Walaupun menggunakan topping premium seperti ini, sangat mengejutkan harga martabak Blackpool masih berpatutan.

Alamat:

Jalan Sultan Iskandar Muda no. 31 (tambah 3 lagi lokasi di Kawasan Greater Jakarta)

Martabak Favourite

Dianggap sebagai salah satu yang terbaik di Jakarta. Bermula dengan sebuah gerai martabak kecil di Rawamangun, Jakarta Timur, gerai ini sering dikunjungi ramai pada masa sekarang.

Tidak ada sebarang 'gimik' ditawarkan oleh Martabak Favourite melainkan bahan-bahan dan topping seperti pisang coklat atau keju, tetapi ramai yang berpandangan martabaknya yang lembut membuatkan ia sedap dimakan terutama ketika masih panas.

Alamat:

Jalan Balai Pustaka Timur no. 24

Martabak Bandung Jaya


Satu lagi rangkaian yang memberi penghormatan kepada kota Bandung. Martabak Bandung Jaya di Pluit, Jakarta Utara mungkin paling terkenal dengan kerangupannya. Harganya juga murah, bergantung pada topping. Martabak omelet juga cukup nikmat.

Alamat:

Martabak Bandung Jaya, Jalan Pluit Sakti no. 75

Lain-lain:

Martabak AA

Markobar

Martabak Dunia

Martabakku Menteng

Martabak Bandung Raya

Martabak Bandung Fransiskus

-coconutsJakarta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain