suria

Kod Rahsia Penumpang Meninggal Dalam Penerbangan

-fotoGetty

KEMUNGKINAN untuk seseorang meninggal dunia semasa dalam penerbangan adalah tipis.

Tetapi dengan 3.5 bilion orang yang mengambil penerbangan pada tahun lepas, kematian dalam pesawat sememangnya tidak dapat dielakkan.

Syarikat-syarikat penerbangan sudah tentu mempunyai rancangan apabila penumpangnya meninggal dunia.

Sebagai atendan penerbangan, Sally baru-baru ini memberitahu Mamamia: "Sekiranya berlakunya masalah kesihatan utama semasa penerbangan, pesawat akan dilencongkan dan mendarat secepat mungkin.

"Untuk keadaan yang sangat jarang berlaku yang mana seorang penumpang meninggal dunia, keutamaan kami adalah untuk memastikan maruah dan privasi mereka dikekalkan dan penumpang itu akan dialihkan dari penumpang lain secepat mungkin."

Malah, menyedari hakikat bahawa kakitangan tidak patut menghebahkan tentang kematian yang akan mengecewakan atau merisaukan penumpang di atas kapal, sesetengah syarikat penerbangan dilaporkan menggunakan kod apabila merujuk kepada penumpang yang meninggal dunia.

Kod yang merupakan 'perkataan' itu sentiasa menjadi rahsia sesama kakitangan, tetapi menurut The Mirror, Ketua Editor 'US Funerals Online', Sara Marsden mendedahkan bahawa kakitangan American Airlines menggunakan nama 'Jim Wilson'.

Bagi penerbangan Virgin Australia, mereka enggan memberi komen mengenai prosedur dalaman. Qantas pula tidak dapat memberi tindak balas sehingga artikel ini disiarkan.

Walau bagaimanapun, seorang bekas kakitangan Qantas memberitahu bahawa tiada sebarang kod untuk prosedur kematian dalam penerbangan dan kakitangan pada umumnya hanya merujuk si mati dengan nama sebenarnya.

Katanya, sekiranya berlaku kematian, tempat duduk itu akan dibiarkan dalam keadaan separa baring, mayat ditutup dengan selimut dan mata ditutup dengan penutup mata. -Mamamia

kod rahsia, meninggal dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain