CUTI sekolah hampir tiba jadi tidak hairanlah ada ibu bapa merancang untuk membawa anak-anak bercuti di luar negara. Membawa anak-anak bercuti ke tempat menarik adalah antara terapi bagi mereka serta mengeratkan hubungan kekeluargaan selain ‘umpan’ untuk mereka belajar lebih bersungguh- sungguh dan mendapatkan pengalaman di negara orang yang tidak akan diperolehi di sekolah. Mencari dan membuat keputusan mengenai destinasi yang bukan hanya berpihak kepada minat orang dewasa atau hanya kepada kanak-kanak saja tentunya sukar, apatah lagi dengan cuti yang terhad. Berpeluang bergambar dengan replika Pororo. Apa kata kita lihat apa yang ada di Korea Selatan terutama ibu negaranya, Seoul. Bandar ini bukan hanya menawarkan lokasi bercuti untuk golongan dewasa tetapi juga banyak aktiviti untuk anak-anak. Jom kita lihat mana lokasi sesuai untuk sekeluarga bercuti di Korea. Kembali ke zaman kanak-kanak di Everland Sebelum pulang sempat bergambar kenangan di Everland. Terletak di Yongin, yang hanya kira-kira 35 kilometer dari Seoul, Everland adalah taman tema terbesar di Korea Selatan. Sebaik masuk ke taman tema ini, rasa seperti berada di zaman kanak- kanak. Mananya tidaknya, selain daripada pelbagai tarikan seperti yang ada di taman tema seumpama itu di dunia, yang menariknya di Everland ada zoo yang menempatkan beruang setinggi bus, harimau dan banyak lagi haiwan liar yang boleh dilihat dengan dekat melalui bas bercermin. Apa lagi, menjerit-jeritlah bukan saja kanak-kanak tetapi golongan dewasa juga melihat keseronokan melihat haiwan buas yang hanya memisahkan cermin bas saja jaraknya. Beruang menunjukkan aksi bermain bola keranjang di Everland. Lebih menarik, Everland turut menyediakan surau yang terletak di Mystery Mansion di kawasan European Advanture untuk pengunjung Islam menunaikan ibadat di situ. Bagi yang berpeluang menghabiskan masa lebih lama di taman tema ini, boleh menyaksikan pelbagai persembahan jalanan atau perarakan pada waktu yang ditetapkan. Seronoknya di Teddy Bear Farm Menjejakkan kaki ke Teddy Bear Farm atau boleh dianggap sebagai muzium Teddy Bear yang terletak di Sokcho, tentu mengujakan terutama bagi kanak-kanak. Bergambar dengan beruanng gergasi. Dari sekecil-kecil Teddy Bear yang hanya sebesar ibu jari untuk kegunaan pemegang kunci hinggalah setinggi dua kali ganda manusia, semua ada di muzium ini. Lebih unik, masuk saja muzium ini pengunjung dapat melihat susunan Teddy Bear dalam pakaian dan cara gaya hidup seperti manusia. Ada yang dipakaikan dengan pakaian pemain ski, aktiviti memanjat gunung, pemain golf, nelayan dan sebagainya. Bukan hanya di bahagian dalam muzium, bahagian luar juga dipenuhi dengan patung Teddy Bear seolah-olah melakukan pelbagai aktiviti luar. Aktiviti cara membuat kimchi. Sebagai kenang-kenangan, pelawat boleh membeli Teddy Bear di ruang khas jualan untuk dibawa pulang sebagai cenderhati. Menggali ilmu memasak kimci di Sekolah Kimchi Kimchi atau kobis jeruk adalah sebahagian daripada budaya masyarakat Korea. Setiap hidangan sama ada makan tengah hari atau malam, kimchi pasti menjadi hidangan wajib di meja setiap keluarga sejak berkurun lamanya. Jadi, siapa saja ke Korea, satu kemestian untuk mencuba kimchi yang dihidangkan bersama nasi dan lauk pauk lain. Bergambar kenangan dengan pakaian tradisional Korea, Hanbok. Namun, lebih menyeronokkan apabila berpeluang untuk membuat kimchi sendiri dengan tunjuk ajar guru terlatih di Sekolah Kimchi yang terletak di kawasan Goyang. Bukan hanya ibu bapa boleh mencuba membuat kimchi tetapi juga kanak-kanak diberi peluang untuk mencuba bakat mereka. Selain itu, di sekolah ini yang turut dikenali sebagai Pusat Budaya Tradisional Korea Selatan turut menyediakan ruang mencuba pakaian tradisi Korea, Hanbok. Nah apa lagi macam-macam gaya dirakamkan untuk kenang-kenangan dengan pakaian tradisi ini.