DARI dulu sampai sekarang nama Port Dickson cukup dikenali sebagai destinasi percutian yang sesuai untuk semua golongan dengan banyak pilihan lokasi yang boleh dikunjungi. Cuma tepuk dada, tanya selera dan cepat-cepatlah buat tempahan hotel, bagi mengelakkan anda kecewa kerana bilik-bilik habis ditempah. -foto Lexis Hibiscus Lexis Hibiscus Port Dickson adalah salah satu destinasi percutian menarik di Port Dickson kerana resort ini menawarkan penginapan berkonsepkan villa dalam air, dengan setiap villa mempunyai kolam renangnya sendiri. Tinggalkan seketika tentang keindahan dan servisnya yang tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ada satu lagi tarikan terbaharu yang ditawarkan di sini iaitu Water JPark. -foto Lexis Hibiscus Water Jpark yang baru dibuka pada hujung 2017 menjadi satu-satunya taman tema air di Port Dickson, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan keriangan bermain dengan air selain mandi-manda di pantai atau di kolam renang di destinasi percutian popular ini. Menariknya lokasi ini, ia terletak di tepi pantai, dekat dengan pintu utama resort dan terbuka kepada orang awam, tidak terhad kepada penyewa resort semata-mata. -foto Lexis Hibiscus Jika anda tertanya-tanya apakah permainan paling menarik dan mencabar di sini, sudah tentulah jawabnya Super Slider nombor 1 di Malaysia, gelongsor dengan ketinggian 8 meter dan 42 meter panjang. -foto FB Lexis Hibiscus Cabaran tidak terhenti di Super Slider sahaja kerana permainan lain dalam laut seperti Spinner, Iceberg, Mini Slider dan Paddle Board juga mencabar minda dan fizikal anda. -foto Lexis Hibiscus Satu perkara yang perlu pengunjung tahu, permainan-permainan ini walaupun nampak ringkas dan mudah, ia sebenarnya tidak semudah yang disangka. Kalau tak percaya, silalah cuba sendiri! -foto Lexis Hibiscus Kalau mahu menguji tahap kesabaran dan keberanian masing-masing dengan aktiviti riang lagi mencabar ini, segeralah buat tempahan bilik atau beli saja pas yang dijual di kaunter masuk. Jika mahukan lebih cabaran, anda boleh juga mencuba sukan air seperti jet ski dan banana boat, di mana lokasi untuk bermain permainan ini terletak tidak jauh antara satu sama lain. -foto Lexis Hibiscus Bagi kanak-kanak pula, terdapat lebih 10 permainan air di tepi pantai menanti mereka seperti Roller Ball, Water Ball dan Wheel Roller. Apa yang pasti, mereka pasti gembira menaiki pelambung itik, tiram, unicorn atau 'seasaw', selain permainan lain termasuklah Cactus, Mini Float dan Mini Paddle. -foto Lexis Hibiscus Jangan bimbang tentang aspek keselamatan kerana bagi setiap permainan, sama ada untuk dewasa atau kanak-kanak, terdapat pengawal pantai yang sedia membantu anda. Dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam (mainan tepi pantai dan Super Slider) dan 9 pagi hingga 7.30 malam (mainan dalam laut), terdapat tiga pilihan pas yang boleh anda beli mengikut kehendak dan kesesuaian masa masing-masing. Adventure Pass yang membolehkan anda bermain permainan dalam laut, tepi pantai dan Super Slider menawarkan pilihan pas untuk satu hari (RM75 dewasa, RM65 kanak-kanak) dan pas 40 minit (RM53 dewasa, RM43 kanak-kanak). Bagi kanak-kanak berusia bawah 13 tahun, Extreme Pass adalah paling sesuai untuk mereka yang membolehkan mereka bermain permainan tepi pantai, tidak termasuk Super Slider. Jika pengunjung berminat untuk bermain Super Slider sahaja, mereka boleh membeli pas 20 minit yang berharga RM22 (kanak-kanak) atau RM32 (dewasa). -foto FB Lexis Hibiscus Anda juga boleh menyewa gelanggang bola tampar dalam air atau baju ikan duyung untuk dipakai si comel sebagai kenangan melawat Water JPark, Port Dickson. Selepas penat bermain, anda boleh terus ke Hibiscus Walk yang menjual pelbagai makanan seperti char kue teow, asam laksa, sate, aneka makanan laut, roti canai dan banyak lagi. Bayangkan anda dapat menyedut air kelapa segar di tepi pantai, sudah pasti ia satu nikmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata! Andai masih belum puas, anda juga boleh mencuba aktiviti 'indoor' yang meriangkan di Kidz World. Ia ada satu lokasi paling sesui dan selamat untuk kanak-kanak meneroka aktiviti-aktiviti meriangkan serta memberikan pengalaman baharu buat mereka. Untuk maklumat lanjut sila ke www.lexishibiscuspd.com