SABAN tahun pasti ada sahaja acara bergelap atau lebih popular dengan nama Earth Hour dilangsungkan di seluruh dunia. Sempena memperingati sambutan itu, Sunway Lagoon turut mengambil inisiatif untuk menganjurkan acara Blackout Fest pada 24 Mac ini. Pastinya ramai yang tidak berminat dan beranggapan acara ini sekadar duduk bergelap sahaja dalam jangka masa tertentu. Haa, sebelum anda berfikir begitu, meh sini mStar Online nak cerita. Kalau sebut perkataan Sunway Lagoon, anda pastinya terfikir benda-benda yang seronok dan menggembirakan. Sama juga seperti acara ini, tak mungkin mereka nak buat acara bergelap je. Menerusi Blackout Fest ini, Sunway Lagoon membawakan kelainan dalam sambutannya melibatkan aktiviti permainan, makanan, muzik dan persembahan. Bakal diadakan di Surf Beach, pantai buatan manusia terbesar di negara ini, acara itu akan dimulakan dengan countdown Earth Hour pada pukul 8.25 malam. Tepat pukul 8.30 malam pula, semua lampu akan dimatikan menandakan acara itu sudah bermula. Dalam tempoh itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan muzik oleh RazQa, V5 dan The Impatient Sister. Selain persembahan muzik, mereka juga dapat melibatkan diri dalam aktiviti papan permainan bersaiz besar seperti twister, jenga dan macam-macam lagi. Malah, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti di Bouncy House, bermain bola air gergasi di Surf Pools dan meluncur di Flowrider. Yang paling dinantikan pastinya acara kemuncak iaitu persembahan api The Tale of Mount Berapi. Menarik bukan? Acara kesedaran global ini pastinya lebih meriah dan bukar sekadar duduk bergelap sahaja jika anda menyertainya di Blackout Fest anjuran Sunway Lagoon. Malah, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti penginapan hotel dan tiket taman tema itu. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan tiket pada harga RM40 sahaja bagi setiap individu untuk bersama-sama memeriahkan acara ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.sunwaylagoon.com atau hubungi talian 603 5639 0000