suria

Makanan halal pelbagai kaum yang 'umphhh' di Singapura!

ANDA mungkin pernah berdepan masalah untuk mencari restoran atau gerai yang menjual makanan halal terutama ketika melancong.

Namun semua itu tidak lagi menjadi masalah kerana dalam entri Jelajah kali ini, kami nak kongsikan beberapa restoran menarik yang boleh anda kunjungi tanpa perlu was-was jika bercuti ke Singapura.

1. Mamanda Restoran


Tidak dinafikan, rata-rata makanan yang terdapat di Singapura merupakan makanan lazim yang boleh didapati di Malaysia.

Namun sebenarnya makanan Melayu di Singpura memiliki rasa tradisinya yang tersendiri yang tidak boleh didapati di tempat lain!

Jika anda inginkan masakan Melayu tradisional bolehlah berkunjung ke Restoran Mamanda.


Berkonsepkan 'fine dining' dengan mengetengahkan masakan warisan Melayu tradisional, Mamanda pilihan terbaik!

Di sini anda disarankan mencuba Nasi Tumpeng!


Kebiasaanya menu ini dihidangkan dalam talam dengan nasi kunyit dibentukkan seperti piramid bersama enam jenis lauk seperti sambal udang, ayam berempah, rendang daging, tempe goreng, bergedil, sambal belacan dan sambal telur puyuh.

Fuhhh! Memang padu!

Lokasi: 73 Sultan Gate, Singapore 198497
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (8 pagi - 10 malam)


2. The Dim Sum Place


Dim Sum sememangnya terkenal sebagai hidangan masakan tradisi masyarakat cina.

Jika anda tiba-tiba teringin untuk makan Dim Sum ketika melancong ke Singpura, The Dim Sum Place adalah tempatnya!

Selain menyediakan hidangan Dim Sum, ia juga ada menawarkan makanan popular lain seperti Har Gao (dumpling udang), Siew Mai Ayam (dumpling ayam) dan pilihan lain seperti mee daging lembu dan itik panggang yang dihidang bersama Chee Cheong Fun dan rendang.


Cukup sempurna untuk anda menikmatinya sebagai 'brunch', makan tengah hari atau makan malam.

Yang pasti, restoran ini menawarkan keunikan rasa tersendiri dan pastinya tidak terdapat di tempat lain!

Paling penting, hidangan di sini dijamin halal dan suci!

Oh ya, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan sebelum datang ke sini.

Alamat: 791 North Bridge Road
Waktu Operasi: 11 pagi - 2.30 petang, 5.30 petang - 11 malam (Ahad - Khamis) | 11 pagi - 2.30 petang, 5.30 petang - 5 pagi (Jummat & Sabtu)
No. Telefon: +65 6655 8787

3. Restoran Zam Zam


Selain menawarkan destinasi-destinasi keriangan, Singapura juga cukup terkenal dengan aneka juadah yang tersendiri.

Antara kudapan ringkas yang menjadi pilihan ramai ketika berkunjung ke Kota Singa  adalah murtabak Zam Zam.

Saiz murtabak yang besar, tebal dan padat dengan isi, ditambah pula dengan keju Mozarella yang meleleh membuatkan peminat makanan itu menjadi tidak keruan!


Lebih menarik, anda boleh memilih untuk mencuba murtabak daging rusa, murtabak daging kambing atau ayam.

Kebiasaannya murtabak daging rusa yang menjadi kegemaran pengunjung di sini.

Selain murtabak, restoran India Muslim yang tertua di Singapura ini juga turut menyajikan aneka beriani yang sememangnya umphhh!

Harga: $5 - $20 (bergantung jenis murtabak)
Lokasi: 699 North Bridge Road
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (7 pagi - 11 malam)

4. Muthu's Curry


Jika anda peminat kari kepala ikan masakan India, anda wajib ke Muthu's Curry Restoran yang terletak di Race Course Road, Singapura.

Menariknya di sini adalah rasa kuah kari yang lemak berkrim dengan rasa rempah-ratus dan ramuan lain diimport khas dari India yang begitu nikmat.


Yang penting, ikan yang digunakan juga sangat segar!

Psss! Kari kepala ikan ini mungkin nampak ringkas, tetapi rasanya sangat enak.

Saiz hidangannya yang besar menjanjikan sesi makan yang betul-betul memuaskan.

Lokasi: 138 Race Course Road
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (10.30 pagi - 10.30 malam)

Selamat  mencuba!

Jangan lupa untuk letakkan tanda pagar #LiveLikeALocal, #ExploreLikeALocal, #EatLikeALocal, #PlayLikeALocal sebelum memuatnaik gambar anda di Instagram, Facebook atau Twitter ketika melancong ke Singapura!

Artikel Lain