suria

Taman Tema Dinosaur Kingdom janjikan keriangan untuk si cilik

BIARPUN sudah lama pupus, dinosaur masih lagi diminati ramai khususnya golongan kanak-kanak yang sering menyaksikan paparan mengenai makhluk itu dalam siri rancangan televisyen kegemaran mereka.

Bukan sahaja si cilik, malah ada juga golongan dewasa yang turut meminati dinosaur dan gemar untuk meneroka sejarah mengenainya.

Jika anda meminati haiwan itu, besar kemungkinan pastinya anda juga pernah menyaksikan filem Jurassic Park.

Bertitik tolak dari filem itu, Themeparktu mendapat ilham untuk mewujudkan taman tema berkonsepkan haiwan berkenaan di negara ini yang dinamakan sebagai Dinosaur Kingdom.

Selain aktiviti melibatkan permainan dan tunggangan, pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan di Dinosaur Kingdom.

Taman tema bergerak itu mula diperkenalkan di Setia Ecohill, Semenyih pada Julai lalu dan ia menerima lebih 75,000 pengunjung.

Kini, ia telah dibuka di Gamuda Gardens, Sungai Buloh bermula 18 Ogos lalu dan bakal berlangsung sehingga 23 September depan.

Apa yang menarik, ia menawarkan enam elemen untuk pengunjung seperti pertunjukan secara langsung, aktiviti interaktif, tunggangan, permainan, makanan dan minuman serta barangan berkaitan dinosaur.

Menerusi pertunjukan secara langsung yang dinamakan Dinosaur Wildpark, anda bakal dibawa menelusuri pengembaran prasejarah yang pastinya tidak ditawarkan di mana-mana taman tema lain.

Mereka turut mengadakan perarakan dinosaur khusus untuk pengunjung yang hadir ke taman tema itu.

Mereka turut mewujudkan 25 Animatronic Dinosaur iaitu patung dinosaur gergasi yang mampu bergerak bagi menambah keseronokan pengunjung taman tema berkenaan.

Lebih mengujakan, tayangan mengenai pengembaraan dinasaur juga bakal dipancarkan dari panggung 5 dimensi (5D).

Bagi mereka yang suka mencabar diri, apa kata cuba permainan Raptor Maze yang ditawarkan disitu.

Malah, anda juga boleh menunggang Baby Dinosaur yang ditempatkan di taman tema tersebut.

Antara patung dinosaur gergasi yang ditempatkan di taman tema Dinosaur Kingdom.

Mahu yang lebih mencabar? Anda juga boleh menunjukkan bakat terpendam dengan mencuba Drift Island, Drift Kart, Fossil Dive dan penerokaan paya dengan bot dinosaur yang dinamakan The Swamp.

Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba flying fox, berseronok di atas istana Inflatable Dinosaur Kingdom Island ataupun menaiki kapal angkasa Space Invasion.

Jelas sekali Dinosaur Kingdom menawarkan satu pengalaman penuh keriangan dan mencabar adrenalin untuk anda seisi keluarga dan sukar untuk ditemui di taman tema yang lain.

Bagi mereka yang berminat, yuran kemasukan berharga RM30 untuk dua token bagi pemegang MyKad, RM20 untuk satu token bagi pemegang MyKid, RM20 untuk warga emas tempatan dan RM50 untuk dua token bagi pelancong asing.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman Facebook @themepaktu atau laman web www.thempaktu.com.

Dinosaur, Dinosaur Kingdom

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan