suria

Kumpulan Hotel Lexis bawa pulang lima anugerah dalam kongres di Mumbai

KUMPULAN Hotel The Lexis yang popular dengan lokasi penginapan pelancongan di negara ini membuktikan kualiti yang ditawarkan mereka menerusi kemenangan beberapa anugerah, baru-baru ini.

Menerusi Kongres Dunia HRD yang berlangsung di Mumbai pada 15 hingga 17 Februari lalu, The Lexis menerima lima anugerah.

Ia sekali gus mencatat kejayaan manis buat mereka dan disifatkan sebagai pembuka laluan untuk kecemerlangan berterusan sepanjang tahun ini.

Dihadiri pakar pelbagai bidang daripada 133 negara, acara itu memberi penghormatan kepada The Lexis apabila mereka dinobatkan sebagai Resort Yang Paling Menjadi Pilihan Tahunan (Most Preffered Resort of the Year).

Presiden The Lexis, Mandy Chew Siok Cheng (tengah) menerima anugerah dalam acara tersebut.

Lebih manis, Presiden The Lexis, Mandy Chew Siok Cheng turut menerima tiga anugerah.

Ia termasuklah anugerah Ketua Hospitaliti Yang Paling Disukai (Most Admired Hospitality Leader of the Year), anugerah Pegawai Stratergi Korporat Terbaik (Best Corporate Stratergy Officer) dan anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Wanita (Women Lifetime Achievement Award).

Antara anugerah lain yang diterima Lexis termasuklah Stratergi Korporat Terbaik dengan Perniagaan (Best Corporate Stratergy in Line with Business).

Dalam pada itu, Kumpulan Hotel The Lexis sememangnya terkenal dengan beberapa lokasi penginapan seperti Lexis, Grand Lexis, Lexis Hibiscus dan Lexis Suites.

Yang paling popular tentunya Lexis Hibiscus yang berada di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Resort lima bintang yang terletak 120 kilometer dari Kuala Lumpur itu menarik perhatian ramai dengan konsep reka berbentuk bunga raya.

Ia menawarkan 639 pool villa dengan tujuh jenis pilihan bilik iaitu executive pool villa, premium pool villa, panorama pool villa, imperial suite, presidential suite yang dibina mengikut susunan bunga raya di atas air manakala sky pool villa dan royal suite terletak di bangunan utama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain