suria

Belon udara panas di Putrajaya kembali lagi, jom bawa keluarga 'layan' hujung minggu ini

Antara belon udara panas yang menghiasi langit di Putrajaya hujung minggu ini. -fotoTHESTAR

FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya bakal menceriakan langit Putrajaya sekali lagi dengan 20 belon pelbagai bentuk dipersembahkan dari 14 buah negara.

Sudah pasti acara ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, tapi tahun ini tarikan istimewa yang ada tentunya belon berbentuk iglu yang direka khas menggunakan bahan kitar semula belon-belon comel berbentuk beruang, sotong dan banyak lagi.

Selain Malaysia, Slovakia, Spain, Taiwan, Brazil, Jepun, Belgium, Filipina, Australia, United Kingdom, Thailand, India, Amerika Syarikat dan Korea Selatan adalah negara lain yang mengambil bahagian.

Belon beruang pasti menarik perhatian ramai. -fotoTHESTAR

Acara ini akan berlangsung dari 28 hingga 31 Mac 2019 di Presint 2, Putrajaya dengan pengunjung dapat membawa seisi keluarga bersantai melihat belon-belon udara terbang di udara sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Belon udara panas ini dikawal sepenuhnya oleh pengemudi profesional dari 14 negara sekali gus menjadikan ia salah satu platform kepada perniagaan dan mempromosikan barangan produk belon mereka.

Pengalaman penulis menaiki belon udara panas yang hanya memuatkan maksima empat individu sahaja mencetuskan sedikit perasaan gementar namun pada masa yang sama, ia sungguh memuaskan hati apabila penulis berjaya berada di paras ketinggian 800 kaki atau mungkin lebih dari itu.

Pemandangan bandar Putrajaya dari atas.

Pemandangan menarik serta menakjubkan dapat dilihat dari atas belon udara panas yang akan membawa pengunjung mengelilingi Putrajaya pada waktu pagi bermula pada pukul tujuh dan sesi petang yang akan bermula pada pukul enam.

Bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin, taklimat keselamatan akan diberikan oleh pengemudi belon tersebut sebelum berlepas naik ke udara.

Antara bentuk belon bakal menghiasi langit Putrajaya pada kali ini seperti gajah, sotong, badut, patung, robot dan hati.

Pelbagai bentuk belon udara panas yang menarik untuk pengunjung.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Wilayah, Yang Berhormat Datuk Dr Shahruddin Md Salleh turut hadir bagi perasmian Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya kali ke-10 bersama Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Pesta Belon Udara Panas ini merupakan anjuran bersama AKA Balloon Sdn Bhd dengan sokongan Perbadanan Putrajaya.

Harga tiket serendah RM15 mengikut pakej yang dipilih boleh didapati menerusi laman web www.myballoonfiesta.com atau laman rasmi Facebook, Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta, Twitter dan Instagram @myballoonfiesta.

belon udara panas, putrajaya

Artikel Lain