suria

Perancis bukan setakat Menara Eiffel... Ketahui 5 lokasi paling popular di Paris

Cantiknya pemandangan Sacre Coeur. Foto: AFP

BERCUTI ke Paris, Perancis pastinya Menara Eiffel yang pertama sekali terbayang di fikiran.

Tetapi destinasi popular di Paris tidak hanya Menara Eiffel sahaja, sebaliknya ada banyak lagi tempat menarik yang tidak sepatutnya dilepaskan.

Berdasarkan data yang dirangkum The Paris Region Tourism Board, terdapat lima destinasi paling popular yang dikunjungi pelancong di Paris.

1. Menara Eiffel


-foto AFP

Menara Eiffel menduduki senarai paling atas. Sebanyak 41 peratus pelancong berkunjung ke menara ikonik di kota Paris ini. Tidak kira waktu siang atau malam, Menara Eiffel sangat indah untuk dilihat, malah untuk bergambar.

2. Notre Dame de Paris

Sebanyak 32 peratus pelancong berkunjung ke Notre Dame de Paris. Ia adalah katedral Katolik yang berdiri megah dengan seni bina French Gothic yang menawan. Di sekitar Notre Dame terdapat banyak tempat makanan khas Perancis, sambil berjalan, sambil makan!

3. Arc de Triomphe


-foto AFP

Destinasi popular ketiga yang dikunjungi pelancong di Paris adalah Arc de Triomphe. Ini adalah monumen yang sangat ikonik dan sangat sesuai untuk gambar Instagram. Sebanyak 31 peratus pelancong memilih berkunjung ke sini. Berhampiran monumen ini letaknya kawasan Champs Elysees yang terkenal untuk membeli-belah atau cuci mata.

4. Museum Louvre


Louvre Museum merupakan muzium seni terbesar di dunia dengan bentuk piramidnya. Sebanyak 30 peratus pelancong yang berkunjung ke Paris, memilih datang ke sini. Muzium ini memiliki koleksi lukisan Monalisa.

5. Sacre Coeur de Montmartre

Sebanyak 28 peratus pelancong yang datang ke Paris, berkunjung ke Sacre Coeur. Ini adalah gereja Katolik Roma dengan seni bina putih dan megah. -Detik

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan