NEGARA Australia bahagian Barat terkenal dengan keindahan setiap kali tiba musim luruh membuatkan para pelancong terpesona akan keajaiban wilayah itu. Ia pastinya membuatkan anda teringat Australia Barat sebaik sahaja tiba musim luruh yang turut menempatkan Perth sebagai pusat bandarnya. Enam perkara penting anda harus lakukan jika berhajat untuk bercuti di Australia Barat: 1. Dekatkan diri anda dengan hidupan mamalia terbesar di dunia Rebut peluang dengan melihat spesis mamalia paus biru berkumpul dan makan kril di Perth Canyon yang jarang sekali dilihat kecuali pada musim haiwan ini berpindah sepanjang bulan Mei hingga Disember, menyusuri pesisir pantai sehingga ke utara Kimberley. Tidak lupa juga, waktu tengahari adalah masa terbaik untuk anda melihat paus muncul dengan lebih dekat. Selain itu, ekspedisi hidupan laut juga membawa anda menemui keajaiban yang mengagumkan dengan bertemu Orcas, paus pembunuh. Hidupan mamalia terkenal ini sering muncul ketika waktu tengahari, jadi jangan lupa bawa kaca mata hitam dan topi anda! Paus biru akan muncul di pesisir pantai Cottesloe 2. Pameran seni arca terbesar di dunia menanti anda Untuk pencinta seni, kini tiba masanya anda ke pameran Arca yang berlangsung pada setiap tahun di pesisir pantai Cottesloe pada 1 hingga 18 Mac 2019. Kira-kira 250,000 pengunjung dijangka hadir menerokai hasil seni arca popular di Australia. Beberapa pengarca terkemuka termasuk Anne Neil dan Tony Davis akan mempamerkan karya seni arca mereka yang dinanti-dinantikan oleh peminat. Lebih daripada 70 pengarca dari Australia dan antarabangsa persembahkan sentuhan rekaan yang dihasilkan mereka sepanjang 18 hari pameran tersebut. Pameran ini juga terbuka kepada orang ramai dan abadikan foto anda bersama arca, menarik untuk dijadikan tatapan di Instagram. Pameran seni arca terbesar di dunia 3. Keajaiban semulajadi dan pemandangan indah di Pulau Rottnest Jika anda ingin menikmati pemandangan cantik serta suasana yang santai, sudah tentu Pulau Rottnest merupakan destinasi yang sesuai untuk para pelancong dengan keindahan pasir putih serta air laut sejernih kristal putih. Pulau yang terkenal ini juga sempurna untuk anda berehat dan tenang jiwa dengan keindahan semula jadi. Selain itu, Pulau Rottnest juga satu satunya tempat yang anda boleh berfoto bersama haiwan Quokka yang kita ketahui fotogeniknya terhadap kamera tetapi jangan risau, dekati makhluk comel itu dan klik sahaja kamera telefon anda. Tidak lupa juga, pada yang berminat dengan aktiviti air seperti papan luncur boleh bermain di teluk Strickland, Salmon dan juga Stark serta basikal sewa yang disediakan untuk pelancong berbasikal sepanjang 11 kilometer pulau berkenaan. Keindahan Pulau Rottnest yang sungguh memukau 4. Festival Fish & Sips menyediakan makanan menarik Sudah pasti percutian anda tidak akan lengkap jika tidak merasai sendiri makananan tempatan Australia yang terkenal dengan makanan laut yang segar di Festival Fish & Sips berlokasi di utara Freemantle. Kini pada tahun keduanya, festival ini popular dengan sajian yang disediakan oleh chef terkenal dari Australia. Ia akan berlangsung selama tiga hari bermula 29 sehingga 31 Mac. Hiburan juga disediakan sepanjang hari dengan persembahan ikan duyung untuk kanak-kanak dan muzik 'live' oleh DJ pada waktu malam. Festival ini juga membawa kepada penampilan chef selebriti terkenal termasuk Lamonts, Young George, Kailis Bros dan Long Chim. Dengan harga satu token iaitu $3 (RM12.27), pengunjung boleh merasai pelbagai makanan dengan harga yang berpatutan.  Festival Fish & Sips memberi peluang untuk mencuba makanan tempatan Australia 5. Nikmati buah segar di Raeburn Orchard Memandangkan musim buah-buahan sudah bermula, pengemar buah mengambil kesempatan pergi ke Raeburn Orchard untuk membeli epal dan pear yang segar. Pada pengguna tegar Instagram, sudah tentu lokasi Raeburn orchard yang terkenal dengan daun-daun seakan warna keemasan menjadi tarikan untuk bergambar. Kebun ini juga menjadi kegemaran orang tempatan dan lokasinya hanya 30 kilometer dari daerah Pusat Perniagaan Perth. Raeburn Orchard yang terkenal dengan kesegaran buah-buahan 6. Persembahan Kylie Minogue Penyanyi ikon terkenal Australia, Kylie Minogue bakal mengegarkan pentas konsert di Muzium Maritim Australia bertujuan mengenang kembali karier nyanyiannya selama 25 tahun dengan penampilan kostum mewah dan persembahan yang bertenaga daripada Kylie. Muzium dibuka setiap hari pada jam 9.30 pagi hingga 5 petang. Sementara itu, luangkan masa dengan menyaksikan persembahan Disney kegemaran anda iaitu 'The Little Mermaid' serta diiringi kumpulan orkestra Australia bagi meraikan 30 tahun filem animasi yang terkenal itu. Inilah kesempatan buat pengunjung untuk menyanyi lagu bersama-sama termasuk lagu ‘Under the Sea’, ‘Part of Your World’ and ‘Kiss the Girl’ yang membawa anda pulang semula ke zaman kanak-kanak. Kylie Minogue, salah satu ikon terkenal di Australia