suria

Jangan lupa 4 perkara ini ketika menelusuri sejarah perang negara Gajah Putih

Jangan lepaskan peluang bergambar di landasan keretapi maut yang merentasi Sungai Kwai di Kanchanaburi.

SEBUT saja melancong ke Thailand terutama di Bangkok tentunya terbayang makanan yang enak dan menyelerakan.

Daripada tomyam, somtam, kerabu mangga hinggalah pencuci mulut enak seperti pulut mangga dan durian, tentunya menggamit pengunjung untuk ke negara jiran itu.

Tetapi di sebalik keenakan makanan dan keseronokan membeli belah di negara itu, ada yang lebih menarik iaitu lakaran sejarahnya negara itu.

1. Menaiki keretapi lama di Landasan Keretapi Maut mengujakan.

Perang Dunia Kedua menyaksikan penderitaan di mana-mana. Tidak ketinggalan di Thailand ketika pembinaan Landasan Keretapi Maut atau Death Railways yang menghubungkan Siam dan Burma (nama Myanmar sebelum ini) sejauh 415 kilometer di bawah pemerintahan tentera Jepun.

Tahanan perang dan buruh paksa warga pelbagai negara termasuk Britain, Australia, Indonesia, Singapura, Malaya (nama Malaysia ketika itu) dan rakyat Thai sendiri telah dikerah menyiapkan landasan dalam masa singkat.

Lebih 160,000 buruh paksa dikerah siang malam membina landasan itu dan mengakibatkan lebih 60,000 orang mati akibat diseksa, kurang zat dan kebuluran.

Pemandangan jambatan landasan keretapi maut di Sungai Kwai.

Berpeluang menaiki keretapi lama dari Stesen River Kwai Bridge di Kanchanaburi hingga ke Stesen Nam Tok selama sejam baru-baru ini meninggalkan kenangan manis bagi penulis.

Apa tidaknya, keretapi lama tanpa penghawa dingin dengan kerusi kayu sambil sesekali disapa penjual makanan ringan yang sentiasa berulang alik dari kerusi ke kerusi mengimbau kenangan ketika menaiki keretapi lama sedekad lalu di Kelantan.


2. Sempat merakam gambar kerana keretapi memperlahankan pergerakan

Gerabak pelancong tidak sama dengan orang tempatan kerana harga tiketnya lebih mahal.

Sejam berada dalam keretapi itu tidak terasa kerana kiri kanan tingkap pemandangannya memukau mata.

Landasan kereta api yang melintasi laluan bukit yang ditarah dengan tangan oleh buruh paksa.

Sesekali keretapi itu memperlahankan kelajuannya apabila sampai di beberapa lokasi bersejarah bagi membolehkan penumpang merakam gambar. Ini termasuk laluan berbukit batu yang ditarah menggunakan tangan oleh buruh paksa zaman Jepun itu.Itu pengalaman di dalam keretapi lama melalui Death Railway

Kanchaburi juga tidak kurang menariknya. Ada beberapa muzium yang berkaitan dengan pembinaan landasan itu yang boleh dilawati di bandar ini seperti Muzium Jeath dan Muzium Perang.


3. Hellfire Pass mengimbau kembali penderitaan buruh paksa

Terletak d Bukit Tenasserim, Hellfire Pass dinamakan sedemikian kerana ia adalah jajaran berbukit yang ditarah menggunakan tangan untuk menghubungkan landasan keretepi maut itu ke Burma.

Kawasan berbukit Hellfire Pass menghubungkan Thailand dan Burma.


Pembinaan landasan itu meragut banyak nyawa kerana buruh paksa dikerah bekerja siang malam serta diseksa. Pada sebelah malam mereka menggunakan jamung dan dari bawah kelihatan seperti cahaya yang diibaratkan seperti neraka.

Bagi mengingati penderitaan buruh paksa yang terdiri daripada pelbagai warganegara itu, kerajaan Thailand dan Australia bekerjasama membina Muzium Memorial Hellfire Pass serta laluan bertangga kayu bagi memudah pengunjung ke kawasan tarahan bukit itu.


4. Kota Ayutthaya menyimpan sejarah kegemilangan kerajaan Siam

Terletak 80 kilometer di utara Bangkok, kota Ayutthaya yang pernah menjadi ibu kota kerajaan Siam ini mencatatkan zaman kegemilangan sekitar kurun ke-13 danke-14.

 

Tapak Warisan Dunia UNESCO, kota Ayutthaya.
 

Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, kunjungan ke Ayuttaya juga bukan saja dapat mengimbau sejarah peradabannya tetapi juga dapat merakamkankeindahan tinggalan arkeologi senibina kerajaan Siam.


Artikel Lain