suria

Jom 'shopping' sambil bersantai! 'Kabut in the Park' tawar barangan preloved, antik di KLPAC

Kabut in the Park bakal diadakan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada Sabtu.

JIKA tidak tahu hendak ke mana pada hujung minggu, apa kata pergi saja ke The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada Sabtu (20 April).

Bukan untuk tonton pementasan teater atau muzikal tetapi KLPAC menganjurkan Car Boot Yard Sale atau 'Kabut in the Park' yang menawarkan pelbagai barangan terpakai dan antik menarik.

Pengarah projek, Evangeline Lim memberitahu jualan car boot itu diadakan bagi membolehkan mana-mana penjual melelong barangan terpakai milik mereka dalam usaha mengembangkan kehidupan minimalis dengan harga berpatutan.

"Barangan yang tidak digunakan mungkin sudah tidak bernilai kepada mereka tetapi ia mungkin sesuatu yang diinginkan oleh orang lain.

Pelbagai barangan dijual di Kabut in the Park. - Gambar hiasan

"Selain boleh menerapkan konsep minimalis dalam kehidupan mereka dengan menjual barangan yang sudah tidak diperlukan ia juga dapat menyelamatkan bumi.

"Paling penting terdapat pelbagai pilihan barangan preloved dan antik yang dijual dengan harga murah," katanya.

Acara itu akan diadakan di ruang tempat letak kereta KLPAC bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang.

Tidak hanya aktiviti beli-belah, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan antik di KLPAC sambil berkelah bersama kenalan dan keluarga selepas menghabiskan masa bershopping.

"Kami menggalakkan anda membawa tikar dan makanan serta keluarga untuk berkelah di taman berhampiran tempat letak kereta dengan pemandangan indah yang ada di KLPAC," katanya.

Kabut in the Park, klpac, preloved

Artikel Lain