suria

Susahnya nak tidur dalam pesawat! Cuba 6 cara mudah ini atasi masalah mata 'degil' dalam penerbangan

Tidur dalam pesawat mampu membuatkan anda kelihatan segar sebaik tiba di destinasi ditujui.

TERDAPAT dua jenis penumpang pesawat, iaitu mereka yang tiada masalah tidur di dalam pesawat dan mereka yang matanya sentiasa berjaga sepanjang penerbangan.

Namun tidur di dalam pesawat sebenarnya boleh membantu anda kekal segar untuk menerokai negara yang bakal anda kunjungi.

Sekiranya anda jenis yang sukar melelapkan mata terutamanya untuk perjalanan jarak jauh, anda boleh mencuba beberapa tip bagi mengatasi masalah tersebut.

1. Pemilihan tempat duduk

Setiap pasangan dan keluarga sudah tentu tidak mahu duduk berasingan. Mereka lebih gemar duduk bersebelahan antara satu sama lain.

Tapi, jika pesawat tidak penuh, jangan lepaskan peluang ini kerana anda boleh untuk berpindah tempat duduk mengikut keselesaan.

Tempat duduk tengah memberi keselesaan kepada penumpang.

Namun untuk memudahkan anda melelapkan mata atau takut tidur terganggu, elakkan memilih kerusi yang dekat dengan tandas dan ruang kerja kru kabin. 

2. Kekalkan rutin harian

Anda akan dipandang pelik sekiranya menukar baju tidur, memberus gigi dan membersihkan solekan serta mencuci muka anda, sama seperti yang dilakukan ketika ingin masuk tidur. Namun ia sebenarnya membantu anda secara psikologi bahawa anda sudah bersedia untuk tidur.

Jika kebiasaannya anda selalu membaca buku sebelum tidur, lakukan ia semasa di dalam pesawat. Ia seolah-olah memberi signal kepada otak anda bahawa proses berjaga sudah berakhir.

3. Penutup mata

Terdapat pelbagai pilihan penutup mata di pasaran. Ia berfungsi untuk menyekat cahaya supaya anda boleh melelapkan mata.

Penggunaan penutup mata membuatkan tidur anda lebih nyenyak.

Pilih penutup mata jenis satin berwarna hitam penuh untuk keselesaan yang berpanjangan.

4. Bantal

Jika anda tidur dalam keadaan duduk, pilih bantal leher kerana ia lebih selesa berbanding kusyen biasa.

Bantal leher ini mempunyai pelbagai pilihan dan corak. Apa yang penting pilihlah yang jenis lembut kerana ia membuatkan tidur anda lebih nyenyak dan selesa.

5. Palam telinga

Sama seperti penutup mata, penggunaan palam telinga boleh membantu anda yang sukar tidur di dalam pesawat.

Bagi kebanyakan orang, bunyi bising enjin pesawat membuatkan mereka sukar untuk tidur.

Penggunaan palam telinga boleh membantu masalah sukar tidur akibat bunyi bising.

Jadi apa kata cuba guna palam telinga bersesuaian untuk mengatasi masalah itu.

6. Wangian atau krim tangan

Kuasa wangian lebih kuat berbanding apa yang anda fikirkan. Gunakan krim tangan atau wangian yang boleh menenangkan fikiran.

Wangian yang mempunyai hubungan kuat dengan tidur membantu termasuk lavender, vetiver . chamomile, ylang ylang, bergamot dan sandalwood.

Wangian dapat membantu menenangkan fikiran semasa di dalam pesawat.

Sapu sedikit di belakang leher dan di pergelangan tangan untuk memberikan sedikit ketenangan dalaman. - Independent.co.uk

sukar tidur, pesawat, tip

Artikel Lain