suria

20 kod rahsia kecemasan yang tak sepatutnya anda dengar ketika sedang bercuti

Maksud ungkapan 'Mayday' sudah diketahui ramai.

UNGKAPAN dalam bentuk kod digunakan dalam pelbagai konteks atau situasi kecemasan.

Kebanyakannya digunakan untuk memastikan orang awam tidak sedar tentang situasi cemas atau bahaya dan bagi mengelakkan panik.

Kebanyakan kita mungkin hanya tahu kod seperti 'Mayday, mayday, mayday!' tetapi adakah anda tahu kod yang digunakan jika ada kanak-kanak hilang atau ada ancaman bom?

ARTIKEL BERKAITAN: Kod rahsia yang anda tak mahu dengar ketika belayar naik cruise

ARTIKEL BERKAITAN: Topeng oksigen, tandas pesawat... ini 11 rahsia penerbangan yang ramai tak tahu

Berikut disertakan beberapa kod yang mungkin anda akan dengar ketika bercuti atau berada di tempat awam:

Kod kecemasan, Mayday.

Mayday, mayday, mayday!

Ini adalah isyarat ketegangan yang digunakan dalam kes kecemasan. Ia biasanya dihantar melalui radio.

Kod pan-pan.

Pan-pan

'Pan-Pan' digunakan apabila timbul masalah tetapi keadaannya tidak dianggap cukup serius dan tidak ada risiko nyawa, jadi gunakan 'Mayday' agak keterlaluan!

Kod 7500 untuk pesawat yang dirampas.

7500

Anda semestinya tidak mahu juruterbang anda menyebut nombor ini. Kod 7500 bermaksud pesawat sedang dirampas.

Kod Adam.

Code Adam

Ini digunakan di beberapa tempat awam, termasuk pusat beli-belah, lapangan terbang, muzium dan hospital. Ia bermakna terdapat kanak-kanak hilang.

Cek Masa.

Time Check (periksa masa)

Sekiranya anda berada di sebuah kedai dan terdengar ungkapan ini pada pembesar suara, tinggalkan segera, mungkin ada bom!

Code Oscar.

Code Oscar/ Mr Man Overboard

Berteriak 'Man overboard!' mungkin bukan pilihan terbaik dalam kapal yang sesak. Justeru 'oscar, oscar, oscar' digunakan.

Kod Inspektor Sands.

Inspector Sands/Mr Sand (Inspektor Sands/Mr Sand)

Ini menandakan situasi kecemasan seperti ancaman bom atau kebakaran. Kod ini digunakan di seluruh rangkaian kereta api UK, London Underground dan juga di teater-teater.

Operation Rising Star.

Operation Rising Star

Belayar atas kapal cruise sungguh mengujakan. Tetapi apabila mendengar kod 'Operation rising star', maka itu adalah petanda seseorang telah mati.

Kod 10 untuk kes penipuan kad kredit.

Code 10 (Kod 10)

Kod ini boleh dikeluarkan oleh peniaga jika mereka mengesyaki seseorang melakukan penipuan kad kredit. Mereka boleh terus menghubungi pengeluar kad tersebut dan membuat permintaan kebenaran kod 10.

Selain itu, pegawai polis Amerika Syarikat juga menggunakan kod bermula daripada nombor 10. Kod 10-35 untuk amaran jenayah utama dan 10.89 bagi ancaman bom letupan.

Kod 1488 khas untuk pengamal ideologi Neo-Nazi.

1488

Bukan setakat kapal terbang dan kapal kruise yang ada kod rahsia ya, rupa-rupanya pengamal ideologi pun ada kod mereka yang tersendiri.

Jika anda menemukan nombor 1488 dalam alamat emel, t-shirt atau tatu, maka terbukti seseorang itu memang mengamalkan ideologi Neo-nazi. 

Kod pembersihan laluan bawah tanah di London.

Kod pembersihan London Underground

Ada kod tertentu untuk setiap keadaan. Ini termasuk, kod 1 untuk darah, kod 2 untuk urin/ najis dan kod 3 untuk muntah.

Beberapa kod yang digunakan kru kapal kruise, kod Merah dan kod Echo.

Kod Merah

'Kod Merah' yang digunakan dalam konteks pelayaran bermakna terdapat wabak penyakit yang serius di atas kapal tersebut.

Echo, Echo, Echo

Selain itu, kod 'echo' juga petanda bahawa pelanggaran kapal cruise sedang berlaku. Untuk lain senario, ia adalah amaran petanda angin kuat.

Kod-kod teknologi.

Kod Teknologi

Jika anda pernah melihat seorang lelaki berpengetahuan ilmu teknologi merujuk kes anda di bawah kod ini, anda akan tahu masalahnya berpunca daripada anda sendiri. PEBKAC merujuk kepada 'Problem Exists Between Keyboard and Chair' (ada masalah antara papan kekunci dan kerusi).

ID-10T

Terang lagi bersuluh, anda pasti sudah tahu maksud kod ID-10T. 

Kod-kod juga disediakan untuk pekerja Disneyland.

Treasured Guest

Terma ini diguna pakai oleh pekerja Disneyland merujuk kepada pelanggan yang 'mencabar'.

Protein Spill

Pekerja Disneyland selalu menggunakan perkataan protein spill atau code V jika insiden muntah berlaku di taman tema Disneyland.

Code Winnie

Ini adalah kod yang digunakan apabila terdapat kanak-kanak kencing di kolam renang di Disneyland.

Kod Bravo.

Bravo, bravo, bravo

Apabila berada di atas kapal, perkataan 'bravo' memberi maksud kebakaran atau insiden serius mungkin sedang berlaku. Tak usah panik, lakukan sesuatu dengan menyelamatkan diri anda terlebih dahulu.

Selain itu, kod 'bravo' juga salah satu amaran keselamatan umum yang digunakan di lapangan terbang.

7600
Dalam penerbangan, kod ini bererti terdapat masalah dengan komunikasi radio. -Stars Insider

Artikel Lain