BUKAN kota metropolis New York, atau bandar yang dipenuhi dengan selebriti Hollywood seperti Los Angeles atau London, tetapi kota termahal di dunia bagi ekspatriat adalah Hong Kong. Menurut Tinjauan Kos Sara Diri Mercer yang dikeluarkan pada Rabu, kos sara diri di setiap bandar diukur mengikut 'sebakul barangan' seperti sepotong roti putih dan seluar jean lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo pemilik misteri Bugatti RM78 juta? Kenali 5 kereta mewah termahal dunia Hong Kong mengungguli carta itu buat tahun kedua berturut-turut dan ia menjadi perkara yang mengejutkan selepas protes yang berlaku di wilayah pentadbiran tersebut beberapa bulan lalu. Tinjauan itu turut memuatkan N'Djamena di Chad, Luanda di Angola dan Ashgabat di Turkmenistan berada di tangga ketujuh pada tahun ini. Termasuk Ashgabat dan Hong Kong, lapan daripada 10 bandar termahal dunia untuk ekspatriat terletak di Asia. Bandar tersebut adalah Tokyo di tangga kedua, Singapura (ketiga), Seoul (keempat), Shanghai (keenam), Beijing (kelapan) dan Shenzen (ke-10). Bandar-bandar selain Asia adalah New York (kesembilan) dan Zurich (kelima). Sementara itu, kos hidup di United Kingdom (UK) menjadi lebih rendah selepas nilai pound jatuh. - Forbes