suria

Tragedi ‘return ticket’! Pergi Seoul balik hari, dua sahabat terkilan dilayan macam Pati – “Dia tanya pergi Nami Island naik bas nombor berapa”

Pudin (kanan) bersama sahabatnya, Hasyemi dihantar pulang ke Malaysia dari Korea Selatan pada petang Khamis lalu. (Gambar kanan) Surat larangan memasuki Korea Selatan yang diterima Pudin.

KEMASUKAN rakyat Malaysia ke Korea Selatan kini lebih ketat.

Itu yang dapat disimpulkan menerusi 'tragedi' menimpa tiga sahabat apabila dua daripada mereka dihantar pulang pada hari sama mereka tiba di Seoul pada Khamis lalu.

Menurut Muhammad Shaifuddin Muhammad Ab Haqqi Eng, kejadian berpunca apabila mereka gagal menunjukkan ‘return ticket’ ketika diminta seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Incheon.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Anda boleh didenda lebih RM300 jika ambil gambar di jalan persendirian di Kyoto, Jepun 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak dilihat sebagai pelancong’, kisah 6 gadis bingung dihalang ke Perth dijawab Pesuruhjaya Tinggi Australia, “Malangnya Malaysia #1 dalam kategori ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Visa dibatalkan empat hari sebelum terbang, kesudahannya RM4,000 melayang

“Masa sampai tu kami bertiga beratur dekat lane kelima. Tapi kawan yang 'lepas' tu dia pergi dulu kaunter sebab dia depan saya dan kawan lagi sorang.

“Tiba-tiba ada seorang pegawai imigresen panggil kami berdua. Dia tanya datang sana berapa orang, nak pergi mana dan tinggal dekat mana?

“Lepas tu dia tanya return ticket tapi saya kata dalam phone. Bila nak tunjuk dekat dia memang dia tak layan. Dia tunjuk bilik kuarantin dan suruh kami berdua masuk,” katanya kepada mStar.

Jelas Muhammad Shaifuddin lagi, sebaik tiba di bilik kuarantin dia dan sahabatnya, Hasyemi Abdullah ditanya pelbagai soalan tidak masuk akal.

Pudin, Haseymi dan Muhammad Fadhli Maimun (kanan) sebelum berlepas ke Seoul, Korea Selatan

“Dia tanya macam-macam, soalan tak logik pun ada. Mula-mula dia tanya untuk hari esok apa rancangan anda.

“Saya kata mungkin akan ke Nami Island. Lepas tu dia tanya lagi kalau nak ke sana nak naik apa? Saya cakap lah naik bas atau subway.

“Dia kata kalau naik bas, bas nombor berapa naik sampai di Pulau Nami, jadi bila nak balik ke hotel pula bas nombor berapa. Jadi memang saya tak boleh jawab sebab first time pergi sana,” katanya.

Mesra disapa Pudin, pemuda berusia 24 tahun itu mengakui agak terkilan dengan cara layanan pihak imigresen Korea Selatan terhadap mereka berdua.

“Mereka layan kami macam pendatang asing tanpa izin (Pati). Bayangkan tujuh jam dalam bilik kuarantin nak pergi toilet pun dia tak bagi apatah lagi bagi kami makan.

“Biasalah dia ingat kami pendatang asing dan mungkin mahu cuba melarikan diri.  Pasport kami berdua pun pramugari yang pegang. Memang dia layan teruk jugalah,” katanya.

Mengenai tindakannya tidak mencetak ‘return tiket’ sebelum berlepas ke sana, Pudin berkata semuanya berlaku di luar jangkaan mereka.

Nami Island antara tempat dalam itinerary Pudin. 


Itinerary ada cuma return tiket tu ada dalam phone. Sebelum pergi tu saya ada cakap dekat member kenapa tak print.

“Dia kata takut hilang. Ingatkan nak balik nanti baru print. Lagipun member sorang tu biasa datang dan dia tak print pun return tiket.

“Dia ingat OK je tapi lain pula jadinya. Kalau ikutkan dia nak ikut kami balik sekali tapi harga tiket dalam RM1,500. Agak mahal jadi dia pun staylah dekat situ dan balik hari ini (Selasa),” katanya.

Pada sama sama, Pudin mengakui agak kecewa kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke negara yang cukup dikaguminya itu.

“Tujuh jam pergi dengan perasaan suka, excited nak kenal tempat orang, bila kena macam ni kecewalah. Memang down sangat-sangat.

“Kami naik flight hari yang sama pukul 4 petang. Kami sampai di KLIA2 kira-kira pukul 11 malam dengan perasaan duka.

“Lagipun saya memang dah simpan hasrat nak ke sana sejak 2010 lagi sebab saya memang minat budaya mereka. Bila jadi macam ni memang saya serik dah,” katanya.

Dia tanya macam-macam, soalan tak logik pun ada. Mula-mula dia tanya untuk hari esok apa rancangan anda. Saya kata mungkin akan ke Nami Island. Lepas tu dia tanya lagi kalau nak ke sana nak naik apa? 

PUDIN

Malah Pudin terkilan kerana duit yang dibelanjakan untuk ke sana bernilai RM2,500 turut ‘hangus’ begitu sahaja.

“Duit burn dalam RM,2500 untuk penginapan dan tiket flight termasuklah flight dari KB-KL dan KL-KB. Nak kenal tempat orang pun tak dapat.

“Jadi saya harap kisah kami ini dapat jadi pengajaran kepada orang lain yang merancang mahu ke sana dalam masa terdekat.

“Kalau boleh standby semua itenerary dan return ticket dari awal. Apa pun tawakal jelah. Doa banyak-banyak supaya mereka tak tahan kita sebab mereka main pilih random je,” katanya.

Posting Pudin mengenai pengalamannya yang dimuatnaik ke laman Facebook ‘Road to Korea’ pada Ahad itu tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Artikel Lain