suria

Teruja untuk pergi melancong? Ketahui perkara penting sebelum anda terbang

Pastikan anda tiba awal di lapangan terbang supaya urusan berjalan lancar.

SIAPA sahaja pasti akan teruja jika tiket dan hotel sudah ditempah dan kini hanya berkemas dan menunggu masa sahaja untuk ke destinasi yang dirancang.

Pastinya dalam fikiran anda, sudah membayangkan destinasi percutian yang indah, malah itinerary sudah lengkap sejak awal lagi.

Bagi 'kaki melancong' setiap perancangan awal amat penting bagi melancarkan percutian mereka dan lebih penting semua tempat-tempat yang menarik tidak terlepas untuk dilawati.

ARTIKEL BERKAITAN:  Ada plan nak bercuti? Semak 5 tip menempah bilik untuk elak jadi mangsa scam

Biarpun teruja untuk pergi bercuti, beberapa tip penting perlu diberi perhatian oleh anda.

1. Masa transit

Rancang perjalanan masa transit termasuk tempoh penerbangan. Selalu mengikuti 'update' penerbangan kerana masalah teknikal sering berlaku termasuk masalah cuaca.

2. Demonstrasi keselamatan

Tidak dinafikan, ketika demonstrasi keselamatan dibuat oleh anak kapal, ramai yang tidak endah dan menumpukan kepada perkara lain. Ia bukan sahaja menunjukkan anda biadab tetapi membahayakan kepada penumpang lain kerana 'malang tidak berbau'.

Beri perhatian kepada anak kapal yang membuat demonstrasi keselamatan di atas kapal terbang.

3. Tanggal fon telinga

Apabila anak kapal mengumunkan sesuatu atau sedang bercakap penting bagi anda untuk menanggalkan fon telinga dan memberi fokus sepenuhnya. Kelakuan anda yang tidak mengambil peduli menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab kerana anak kapal hanya menjalankan tuga mereka. Jadi hormatilah mereka!

4. Ucap terima kasih dan 'hello'

Jangan berat mulut untuk mengucapkan 'hello' dan terima kasih kepada anak-anak kapal yang memberi servis terhadap anda.

5. Lorong laluan

Jangan melunjurkan kaki anda di bahagian lorong pesawat kerana ia boleh mengganggu laluan kepada anak-anak pala atau penumpang lain. Begitu dengan barang-barang peribadi. Letak ditempat yang disediakan. 

6. Ikut arahan bagasi

Jangan jadi seorang penumpang engkar kepada arahan. Ikut peraturan bagasi yang dibenarkan di bawa ke kabin. Ambil perhatian terhadap barang-barang yang boleh dibawa atau dilarang supaya penerbangan anda berjalan lancar.

Tip, Sebelum, terbang, penting

Artikel Lain