suria

Taman tema animasi pertama di Asia MAPS ditutup

Taman tema MAPS ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

TAMAN tema Movie  Animation Park Studios (MAPS), yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup bermula 28 Januari 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali, menurut notis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu bawa anak berhibur di MAPS? Ini tip dan perkara yang perlu anda tahu

Pada 4 Disember lepas, media tempatan melaporkan bahawa Affin Investment melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP, yang juga operator MAPS.

MAPS mempunyai 40 tarikan dari enam zon berbeza.

MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.

Sebagai rekod, taman tema seluas 21 hektar itu menawarkan lebih 40 tarikan dari enam zon berbeza yang beroperasi di Ipoh, Perak. - Bernama

MAPS, Ipoh, Tutup, Taman Tema

Artikel Lain