suria

Ketahui 187 negara bekalkan air paip selamat untuk diminum!

Tidak semua negara menyediakan bekalan air bersih.

SELAIN makanan halal, tempat penginapan yang selesa dan bekalan air paip yang bersih turut menjadi keutamaan setiap kali melancong ke luar negara.

Namun tahukah anda tidak semua air selamat diminum terus daripada paip.

Berdasarkan kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), pelancong dinasihati supaya mengelak minum air paip di 187 negara.

Elakkan minum air terus dari paip di negara yang disenaraikan.

Antara negara yang tersenarai adalah Turki, Morocco, China, Rusia, India, Indonesia, Brazil, Argentina, Mexico, Kazakhstan, Ukraine, Afrika Selatan., Pakistan, Vietnam dan Thailand.

Malangnya Malaysia turut tersenarai dalam kategori itu.

Pun begitu, terdapat beberapa negara yang menyediakan bekalan air paip yang selamat untuk diminum.

Negara yang menyediakan bekalan air paip selamat untuk diminum.

Ini termasuk Australia, New Zealand, Korea Selatan, Kanada, Australia, Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Jerman, Iceland, Denmark, Republik Czech dan Belanda.

Bagaimanapun kalau nakkan kepastian tak salah bertanya kepada kakitangan hotel mengenai perkara itu. Sudah tentu mereka sedia membantu anda.

Tapi seelok-eloknya minum dan gosok gigi menggunakan air botol yang disediakan pihak hotel. Itu lebih selamat!

air paip, CDC, melancong

Artikel Lain