PAMERAN Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) di Kuala Lumpur ditangguhkan hingga Mei berikutan krisis koronavirus yang menjejaskan ekonomi di rantau ini. Presidennya, Datuk Tan Kok Liang berkata keputusan itu dibuat berikutan kesan buruk daripada larangan perjalanan baru-baru ini dan persepsi negatif orang awam akibat posting mengenai industri perdagangan dan pelancongan negara di media sosial. "Perbincangan dengan rakan industri di dalam dan luar negara, ditambah pula dengan peristiwa yang berlaku dalam ruang perjalanan, mengakibatkan trend tempahan awal oleh pelanggan yang memilih untuk melambatkan pelan perjalanan mereka sehingga keadaan global semasa kembali normal," katanya dalam satu kenyataan. Pameran Matta dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 15 Mac tetapi kini ditangguhkan kepada 1 hingga 3 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sementara itu, Kok Liang berkata keputusan untuk menangguhkan pameran pelancongan itu telah mendapat sokongan dan dorongan daripada peserta pameran, penaja dan rakan dagangan dalam tempoh sulit itu. Koronavirus adalah virus yang menyerang sistem pernafasan. "Malah, pasukan kini bekerja keras dengan rakan industri untuk menyatukan tawaran perjalanan yang tidak dapat dinafikan dengan harapan ia dapat melantun kembali. "Sejarah menunjukkan bahawa industri perjalanan kami telah terbukti sangat berdaya tahan dan rakyat Malaysia amat sukakan cabaran dan tidak akan berhenti melancong," katanya. Lebih 200 peserta pameran, dari organisasi pelancongan dalam negara, pejabat pelancongan negeri, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, taman tema, laluan pelayaran dan hotel telah mendaftarkan penyertaan mereka dalam pameran Matta. Matta juga melihat inisiatif menarik lain untuk memenuh citarasa rakyat Malaysia dalam perjalanan walaupun dalam tempoh sukar ini. Orang ramai boleh melawat dan mengikuti akaun Facebook rasmi Matta Fair @mattafairkualalumpur dan akaun Twitter rasmi @MATTA_FAIR untuk menerima perkembangan kini berhubung pameran ini. - The Star