BUAT pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, Banjaran Himalaya dapat dilihat dari jarak 201 kilometer dari bandar terdekat Punjab, India. Menariknya, pemandangan indahnya dapat dilihat dengan jelas selepas negara berdekatan dengan banjaran itu melaksanakan perintah berkurung (lockdown) berikutan penularan pandemic Covid-19 sejak 24 Mac lalu. Penduduk-penduduk di daerah Punjab teruja dapat menyaksikan keindahan sajli yang menyelubungi banjaran itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai nak berehat selepas wabak Covid-19 berakhir... Tempahan ke UK dan Sepanyol meningkat awal 2021 Bekas atlet kriket India, Harbhajan Singh memberitahu, dia kini menyaksikan Himalaya dengan jelas dari rumah sendiri buat kali pertama sepanjang hidupnya. Pemandangan Banjaran Himalaya dari bandar Punjab. Dia juga menegaskan kesan jelas yang berlaku sebelum ini akibata pencemaran udara. Mengikut laporan IQAIR , India mempunyai populasi penduduk sekitar 1.4 bilion dan menduduki tangga kedua bandar raya paling tercemar di dunia tahun lalu. Tetapi, suasana itu berubah sejak lockdown dilaksanakan dengan semua operasi kenderaan atau perniagaan dihentikan yang menjadikan udara kembali pulih. Banjaran Himalaya lebih jelas dilihat selepas 'lockdown' dilaksanakan. Sehingga kini, India dilaporkan mencatat 5,000 kes Covid-19 dengan 149 kematian. Banjaran Himalaya terletak di antara empat negara termasuk India, China, Nepal dan Bhutan. - dailymail.co.uk