suria

Ramai nak berehat selepas wabak Covid-19 berakhir... Tempahan ke UK dan Sepanyol meningkat awal 2021

Industri pelancongan dunia dijangka kembali pulih awal tahun 2021.

INDUSTRI pelancongan di seluruh dunia tergendala berikutan serangan wabak pandemik Covid-19.

Rata-rata seluruh dunia kini menyekat kemasukan pelancong dari seluruh dunia ataupun memperketatkan kedatangan warga asing untuk melancong.

Wabak Covid-19 ini telah melumpuhkan indusri pelancongan dan dijangka kes jangkitanya beransur-ansur menurun sehingga akhir tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat Covid-19, majoriti negara dunia tutup pintu!

Namun satu analisis yang dilaporkan oleh Dailymail menunjukkan isyarat positif menjelang Januari 2021.

Sebanyak 229 peratus tempahan penerbangan meningkat sejak 14 hari lalu untuk perjalanan ke United Kingdom dan 171 peratus ke Sepanyol.

Tempahan pelancong ke Sepanyol awal tahun 2021 meningkat.

Tempahan yang dibuat itu antaranya datang dari Timur Tengah, Eropah Timur dan Barat serta Amerika Utara yang menunjuk minat melancong ke United Kingdom (UK) penghujung tahun ini.

“Pelancong dari Eropah dan Timur telah menunjukkan peningkatan lapan hingga sembilan peratus sejak minggu lalu berbanding tempoh sama tahun sebelum ini, manakala pelancong dari Asia pesimis untuk melancong ke UK.

Firma Sojern (Pemasaran Pelancongan) memberitahu, analisis terhadap pengguna memberi perancangan yang munasabah dengan situasi yang berlaku sekarang dan tidak terkejut apabila penerbangan seluruh global ke Eropah telah dibatalkan.

United Kingdom antara yang menjadi pilih pelancong awal tahun 2021.

Ia menyaksikan 94 peratus tempahan ke Itali telah dibatalkan sejak minggu lalu. 

Sebagai rekod, sehingga 6 April menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Itali mencatat 124,632 kes dengan 15,362 kematian, UK 41,907 kes melibatkan 4,313 kematian manakala Sepanyol 124,736 kes dan maut 11,744 orang.

United Kingdom, Itali, Travel, 2021, Covid-19

Artikel Lain