suria

Mulai 1 Jun, warga asing masuk Malaysia tanggung sendiri kos penginapan kuarantin wajib 14 hari

Semua individu yang memasuki Malaysia dari luar negara akan dikenakan kuarantin wajib bermula 1 Jun ini.

SEJAK April lalu, pintu masuk negara disekat bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Banyak penerbangan domestik dan antarangsa ditangguhkan berikutan penularan wabak ini yang telah menyebabkan 115 kematian di negara ini dengan jumlah kes keseluruhan 7,629 orang (sehingga Jumaat).

Bagi memastikan rantaian Covid-19 ini diputuskan, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia melalui arahan kerajaan mmemutuskan bahawa semua individu yang memasuki Malaysia dari luar negara akan dikenakan kuarantin wajib di Stesen Kuarantin yang telah ditetapkan (berdasar peruntukan di bawah seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan pengawalan Penyakit berjangkit [Akta 342].

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbangan ke lokasi terhad sepanjang tempoh Covid-19, jom check syarikat yang masih beroperasi seluruh dunia.

Berikutan itu bermula 1 Jun ini kerajaan melalui satu ketetapan dasar baru mewajibkan semua individu yang memasuki Malaysia melalui semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) perlu menanggung kos kuarantin dengan 50 peratus daripada kos kuarantin ditanggung oleh Kerajaan bagi warganegara manakala bayaran penuh akan dikenakan kepada individu bukan warganegara.

Individu yang dikenakan perintah kuarantin akan dirujuk sebagai Person Under Surveillance (PUS).



Semua individu yang tiba di Malaysia dari luar negara dikenakan perintah kuarantin wajib.

Stesen Kuarantin

Stesen Kuarantin merupakan tempat pengasingan dan pemerhatian kesihatan yang telah diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), termasuk hotel-hotel atau mana-mana premis lain yang ditentukan oleh Kerajaan.

Tempoh Kuarantin

Tempoh Kuarantin adalah 14 hari atau mana-mana tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan satu kes ke satu kes berlainan.

Kadar Kos Kuarantin

Warganegara: 50 peratus daripada kadar maksimum hotel RM150 sehari seorang, bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Warganegara yang memilih untuk membayar sendiri (self-paying): kadar penuh yang dipersetujui antara pihak Kerajaan dan Hotel SamaSama, KLIA (atau mana-mana hotel yang ditetapkan oleh Kerajaan).

Bukan Warganegara (Tanggungan): Kadar maksimum RM150 sehari seorang, bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bukan Warganegara (Ekspatriat, Pemegang skim MM2H, pemegang status Permanent Resident (PR) atau mana-mana bukan warganegara yang diberikan kelulusan oleh Ketua Pengarah Imigresen untuk memasuki Malaysia: pada kadar penuh yang dipersetujui antara pihak Kerajaan dan Hotel Sama-Sama, KLIA (atau mana-mana hotel yang ditetapkan oleh Kerajaan).



Pembayaran penuh sebenar atau pemulangan baki dibuat sewaktu daftar keluar dari hotel.

Pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat: Kos Kurantin akan ditanggung oleh Kerajaan.

Kaedah Bayaran

PUS perlu membayar sejumlah deposit/ pembayaran penuh kepada pihak pengurusan hotel sewaktu proses daftar masuk. Penggunaan kad kredit adalah digalakkan.

Pembayaran penuh sebenar atau pemulangan baki akan dibuat sewaktu daftar keluar.

Proses Daftar Keluar

Proses daftar keluar PUS daripada Stesen Kuarantin adalah mengikut peraturan penjagaan kesihatan dan langkah-langkah keselamatan yang diarahkan oleh KKM dari masa ke masa.

PUS akan diberikan release order (Annex 17) setelah tamat tempoh kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

PUS hendaklah menjelaskan bayaran tertunggak. Kegagalan PUS untuk membuat pembayaran boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil ke atas PUS tersebut oleh pihak Stesen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain