suria

Rezeki zon hijau... Aceh kembali buka pintu kepada pelancong

Keindahan Kota Sabang, Aceh menjadikan ia destinasi tumpuan pelancong.

KOTA Sabang, Aceh menjadi antara destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar Indonesia kerana keindahan pantainya yang membiru.

Namun sejak penularan Covid-19, pulau itu ditutup kepada pelancong sebagai langkah mengekang penularan wabak membunuh itu memandangkan Indonesia mencatatkan jumlah kes membimbangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulai 1 Jun, warga asing masuk Malaysia tanggung sendiri kos penginapan kuarantin wajib 14 hari

Bagaimanapun, Aceh kembali membuka lokasi pelancongan itu kepada pengunjung sejak 1 Jun baru-baru ini, selain perkhidmatan laut seperti kapal dan feri bagi menghubungkan Bandar Aceh menuju ke Sabang.

Bagaimanapun terdapat pelbagai protokol yang perlu dipatuhi bagi mengekang penularan wabak Covid-19 termasuk mewajibkan pemakaian topeng muka, mengambil suhu badan dan penyediaan pencuci tangan di tempat-tempat tumpuan.



Pelbagai syarat dan protokal ditetapkan kepada pelancong yang ingin ke Kota Sabang.

Pihak hotel juga perlu memastikan menjaga tahap kebersihan dan melakukan nyah kuman setiap hari sebagai langkah pencegahan.

Sebagai permulaan feri ke Sabang hanya beroperasi sehari sekali dengan membataskan jumlah penumpang sebanyak 50 peratus berbanding muatan asal.

Penumpang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki feri atau kapal.

Aceh tersenarai sebagai antara 14 kawasan yang kini dalam zon hijau dan mendapat keizinan daripada kerajaan Indonesia untuk kembali membuka perniagaan dan aktiviti lain termasuk pelancongan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Kota Sabang, Aceh, Indonesia, Destinasi

Artikel Lain