SEJAK kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ramai di antara kita yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung dan bercuti di destinasi domestik. Sempena Hari Raya Aidiladha yang tentunya pada cuti umum yang membawa hingga ke hujung minggu ini tentu ramai mengambil kesempatan untuk membawa keluarga bercuti, namun itu bukan bererti kita boleh melanggar semua SOP yang telah ditetapkan.ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk macam overseas! Nikmati inapan altitud tinggi di Genting Highlands, siap ada promosi ‘Book 1 Free 1 Deals’ Sebaliknya, terdapat beberapa perkara yang boleh kita sendiri tetapkan sebelum memilih sesuatu destinasi agar diri dan keluarga terhindar daripada sebarang bahaya. Pastikan bilik hotel anda dibersihkan dan disinfeksi dengan baik. 1. Informasi lokasi penginapan Tiada jaminan 100 peratus tempat penginapan kita sama ada hotel mewah, home stay atau hostel bebas daripada virus penyakit. Tetapi ada cara untuk memastikan situasi di sekeliling kita adalah selamat. Paling baik, sebelum membuat sebarang tempahan layari terlebih dahulu laman web untuk mendapatkan informasi mengenai tempat penginapan, servis ditawarkan serta SOP diamalkan. Tanya juga mengenai soalan-soalan seperti kualiti udara, jadual disinfeksi, kemudahan mencuci tangan di kawasan umum, jarak sosial, pemeriksaan suhu badan tetamu dan sebagainya. Ia mungkin kedengaran meremehkan tetapi ia penting demi keselamatan semua. Hindari kawasan orang ramai. 2. Jauhi tempat orang ramai Pastikan anda memilih lokasi yang bukan menjadi tumpuan orang ramai yang dapat meningkatkan risiko jangkitan. Sebaliknya cari destinasi yang kurang popular dan bukan tumpuan orang ramai - hati pun senang. 3. Jaga kesihatan diri Jangan hanya berharap kepada protokol kesihatan dan SOP ditetapkan kerajaan, sebaliknya diri kita sendiri perlu sentiasa memastikan menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Pakai pelitup muka setiap masa dan jauhkan diri daripada lokasi yang ramai orang seperti di lobi atau kolam renang. Sebelum memegang sesuatu permukaan seperti tombol pintu, meja atau kerusi, bersihkan dengan tisu beralkohol dan keraplah mencuci tangan. Jauhkan anak-anak anda daripada kolam renang sekiranya ramai orang. 4. Hadkan aktiviti Benar, apalah maknanya percutian tanpa sebarang aktiviti dan hanya terperap dalam bilik hotel, bukan? Tetapi inilah perkara yang perlu kita berikan perhatian - paling penting kena tanam sikap jangan pentingkan diri. Sekiranya nampak kawasan kolam renang ramai orang, janganlah kita tambahkan lagi kesesakan sedia ada. Cari aktiviti lain sementara menanti keadaan kolam renang sudah reda. Elok juga jika bawa permainan daripada rumah seperti Saidina atau UNO sebagai aktiviti kekeluargaan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!