SEBUT sahaja Genting Highlands, pasti sudah terbayang di minda akan tarikan-tarikan yang sinonim dengan kota keriangan itu. Namun sesekali, apa kata anda cuba sesuatu yang agak berlainan dan luar biasa? Jika mahu menginap di Genting Higlands, Hotel Grand Ion Delemen wajar berada dalam pertimbangan anda. ARTIKEL BERKAITAN: Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu ke Belanda, Chalet Keukenhof ada di Batu Kurau Selain faktor cuaca yang sejuk dan nyaman, ia turut menawarkan panorama memukau dari altitud tinggi di lokasi itu. Memandangkan pandemik Covid-19 juga semakin reda, hotel yang menawarkan pelbagai kemudahan itu tampil dengan promosi terbaharu 'Book 1 Free 1 Deals' khusus untuk anda semua. Selain menawarkan bilik deluxe termasuk set sarapan, pakej itu termasuk dengan aktiviti flying fox, In-Romm VR Games, sesi kecergasan zumba dan juga nature walk. Jangan lepaskan peluang menjamu selera di Dinetopia, pengalaman 360 darjah penuh dengan permainan visual memukau. Menarik bukan? Malah pakej itu juga akan berlanjutan sehingga hujung tahun ini. Selain hotel lima bintang itu, ia turut menawarkan dua lagi pilihan inapan dalam rangkaian sama iaitu hotel butik lima bintang, G-luxe dan apartmen tertinggi menurut Malaysia Book of Records, Gloria Residence. Apa yang menariknya, tiga pilihan ini terletak di venue sama, saling berhubungan dan boleh diakses tanpa had oleh pengunjung pada bila-bila masa. Antara kemudahan ditawarkan tentunya gim serta kolam renang yang berlatarbelakangkan panorama memukau. Mereka menawarkan promosi terbaharu 'Book 1 Free 1 Deals' untuk mereka yang mahu bercuti di Genting Highlands. Malah, jarak hotel itu dengan hub hiburan utama Genting Highlands juga sangat dekat, sekitar 10 minit perjalanan sahaja. Bagi Grand Ion Delemen misalnya, ia bukan sahaja mempunyai bilik bertaraf Deluxe, 1 Bedroom Suite, 2 Bedroom Suite dan 3 Bedroom Suite, malah turut menawarkan Penthouse bagi mereka yang ingin menginap dalam kapasiti besar. Bukan sahaja pengalaman inapan yang cukup selesa, anda juga tidak perlu risau untuk mencari makanan. In-Romm VR Games khusus untuk pengunjung berseronok sewaktu menginap di sana. Antara tarikan utama di lokasi itu tentunya pengalaman menjamu selera dalam suasana penuh sinematik 360 darjah di Dinetopia. Mampu memuatkan sekitar 64 pax pada satu-satu masa, ia bukan sekadar menawarkan juadah-juadah memikat selera, malah membawa anda menelusuri pengalaman luar biasa dalam pancaran persembahan cahaya dari sekeliling dinding terus ke atas meja. Kedengaran cukup rumit namun ianya cukup menghiburkan, seakan-akan membawa anda berada di satu planet asing. Nikmati hidangan dalam suasana penuh riang di Fairy Tales Cafe. Antara lain yang patut dicuba tentunya Fairy Tales, cafe comel yang menawarkan seleksi hidangan enak disamping suasana menjamu selera yang cukup menyeronokkan. Namun, Dinetopia dan Fairy Tales kini ditutup sementara dan bakal kembali beroperasi pada September atau Oktober depan. Tapi jangan risau, banyak lagi pilihan restoran yang ada di lokasi itu untuk anda menjamu selera. Antara juadah yang disajikan di Dinetopia. Selain itu, Hotel Grand Ion Delemen turut menjadi lokasi kepada penganjuran Viper Challenge pada 7 Mac lalu yang menyaksikan kehadiran ramai peserta dari dalam dan luar negara. Pendek kata, pengalaman inapan di hotel yang menawarkan kemudahan serba lengkap itu cukup memberikan satu memori yang sangat manis. Apa tunggu lagi? Ayuh rancakkan semula sektor pelancongan dalam negara kita. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!