suria

Main, makan, tidur, ulang! Sehari tak cukup… perkhemahan dan aktiviti-aktiviti anda kena buat di Escape Penang

Keindahan waktu malam di BASE CAMP.

SEJAK kebelakangan ini, ramai di antara kita yang cukup gemarkan percutian berkonsep perkhemahan, malah ia sudah menjadi tren dalam kalangan pencinta alam semula jadi.

Menginap di dalam khemah sambil menikmati keindahan alam sekitar adalah kombinasi cukup menyakinkan, tambahan pula kita sudah terperap di dalam rumah selama tiga bulan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memerangi wabak Covid-19 sebelum ini.

Kalau masih mencari lokasi yang sesuai - apa kata berkunjung ke Taman Tema Nombor 1 di Malaysia, Escape Penang yang terletak di persekitaran hijau Teluk Bahang, Pulau Pinang, jauh daripada kesibukan bandaraya. Tapak perkhemahan BASE CAMP di ESCAPE Penang mendedahkan kepada keindahan persekitaran dengan penginapan yang selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan lepaskan peluang, hanya RM15 dah boleh pusing satu Pulau Pinang!

Bagi menjamin keselesaan, setiap tapak Base Camp mempunyai dua khemah yang boleh memuatkan jumlah lima orang. Jangan bimbang, tilam udara yang selesa akan disediakan.

Selain menikmati keindahan alam semula jadi, pengunjung yang menginap di Base Camp juga boleh bermain di pelbagai aktiviti yang menarik dan unik di Escape.

Realitinya sehari memang tak cukup untuk menghabiskan setiap permainan di ESCAPE! Mana tidaknya, lebih 40 permainan yang dibina di taman berkeluasan 29 hektar itu bakal membuatkan anda rambang mata.

Sememangnya setiap satunya mempunyai tarikan tersendiri dan antara aktiviti yang boleh anda cuba termasuklah;

Jom main di ESCAPE!

Sebagai permulaan, apa kata cuba permainan di bahagian Adventureplay seperti ‘rope & obstacle course’, Monkey Business yang paling popular dalam kalangan pengunjung Escape.

Dari kejauhan lagi anda boleh nampak Monkey Business yang terdapat tiga peringkat yang setiap satunya mempunyai tahap kesukaran berbeza.

Semakin tinggi, semakin sukar halangan yang perlu ditempuhi tetapi hadiah paling luar biasa adalah pemandangan indah dan kehijauan Teluk Bahang yang dapat dilihat dari atas.



‘Chairlift’ ini membawa anda ke puncak Gravityplay di taman tema ESCAPE.

Escape juga terkenal dengan trapeze Aerobat di mana pengunjung boleh merasai pengalaman bergayut dan berhayun. Bagi menambah keseronokan, anda juga boleh menyertai ‘Aerobat Show’ untuk melakukan ‘Swing & Catch’ dan memenangi pingat.

Setelah penat bermain permainan halangan, pengunjung boleh berseronok di bahagian taman tema air, Waterplay, yang mempunyai pelbagai jenis permainan menarik termasuklah yang paling popular, Banana Flip.

Gelongsor Banana Flip akan membawa anda mengelongsor dalam posisi hampir menegak ke bawah slaid air yang melengkung ke atas pada penghujungnya. Ia akan menaikkan adrenalin anda sebelum membawa menyeberang ke kolam pendaratan.

Anda juga boleh mencuba menara selam, Atan's Jump yang juga disertakan pertandingan Fun Diving yang membolehkan pengunjung menggunakan muslihat tertentu untuk melompat ke dalam kolam. Memang seronok.

Bahagian terbaharu di Escape, Gravitiplay adalah antara permainan yang patut dicuba kerana ia satu-satunya ‘chairlift’ di Malaysia yang membawa anda ke puncak bukit di mana semua permainan Gravityplay bermula.



Gelongsor Air Tiub Terpanjang – 1,111m.

Antara aktiviti-aktiviti termasuklah Hill Rider - trek menurun sepanjang 650 meter atau memilih meluncur bersama keluarga dan rakan menggunakan Tubby Racer iaitu trek tiub sepanjang 450 meter.

Bagi yang inginkan sesuatu yang paling menyeronokkan, turunlah Gelongsor Air Tiub Terpanjang yang telah menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness dengan panjang 1,111 meter. Perjalanannya ke bawah mengambil masa empat minit, dan anda dapat menikmati keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanan.



Sambil menikmati barbeku, boleh juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Bermalam di BASE CAMP

Selepas seharian penat menghabiskan masa di taman tema ESCAPE apabila pulang ke Base Camp, anda juga boleh mengadakan barbeku di mana Escape menyediakan pit barbeku di setiap tapak bersama kayu pembakar serta perkakas untuk memasak.

Anda cuma perlu membawa bahan mentah dan ramuan sendiri untuk barbeku. Jika tidak ada, jangan bimbang, staff di Escape akan membantu anda mendapatkannya.



Berlatarkan persekitaran hijau, Base Camp di Escape Penang menjanjikan ketenangan dan keseronokan.

Bayangkan sambil barbeku, anda dapat menikmati persekitaran semulajadi yang indah sambil bersantai dah berehat. Ini juga masanya untuk berbual dan bermesra dengan keluarga dan rakan-rakan.

Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dalam suasana semula jadi sambil berehat. Paling penting, Main. Makan. Tidur. Ulang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain