suria

Semarakkan jiwa merdeka... Pelbagai info sejarah dan artifak penuhi 4 muzium ini

Muzium Insitu Jugra merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878 dan kini ia berfungsi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran yang berisi paparan sejarah.

SEBENARNYA terdapat banyak muzium bersejarah yang boleh dilawati bagi memperingati jasa wira-wira yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada jajahan Eropah.

Tambahan pula kita masih dalam semangat Hari Kemerdekaan ke-63, lawatan ke muzium dapat membuatkan kita kembali mengenang pengorbanan dalam mengecapi kebebasan seperti mana dirasai hari ini.

Dengan adanya muzium sejarah, ia dapat memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan sesama rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow tree house! Bagai terdampar di private island... Ketahui 10 sebab kenapa chalet di Nenasi ini wajib ada dalam list percutian anda

Ini juga peluang kita untuk menghargai peninggalan sejarah agar memori terdahulu sentiasa diingati dan diambil pengajaran. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri agar sejarah tidak pupus dari ingatan.

Jadi apa kata masa cuti nanti, jom berkunjung ke lima muzium di Selangor ini.

1. Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat

Muzium Insitu Jugra merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878 dan ia dibina oleh pegawai British, Kapten Harry Charles Syers. Bangunan itu kemudiannya dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor.

Kini ia berfungsi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran yang berisi paparan sejarah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini tetapi fotografi tidak dibenarkan.

Pengunjung boleh melawati muzium ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu hingga Khamis) dan 9.30 pagi – 12 tengah hari dan bersambung pada pukul 2.45 petang hingga 5.30 (Jumaat). Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: [email protected]

2) Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang

Terletak di Klang, Selangor, Galeri Diraja ini dibina sebagai peringatan kepada Almarhum Sultan Selangor Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Bangunan muzium ini mula dibina pada tahun 1909 sebagai Bangunan Sultan Sulaiman di mana kerajaan Inggeris menggunakannya sebagai Pejabat Tanah dan pentadbiran semasa Tanah Melayu British.

Selain itu, bangunan ini juga pernah dijadikan markas Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 selepas kemerdekaan Tanah Melayu, ia dijadikan Pejabat Daerah Klang dan mula dibuka sebagai Muzium Peringatan pada tahun 1988 dan mula dirasmikan pada 19 Oktober 2007 oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga kini.

Galeri ini dibuka pada Selasa hingga Ahad dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5 petang, Isnin dan cuti umum ditutup. Masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ke: 03-3373 6500

3) Muzium Kuala Selangor, Kuala Selangor

Muzium Kuala Selangor ini menempatkan peninggalan sejarah Selangor yang boleh diketahui seperti batu nisan, senjata, tombak, meriam dan lain-lain yang mana ia digunakan pada masa peperangan dari awal Kesultanan Selangor oleh Sultan Salehuddin (Raja Lumu) pada tahun 1766.

Selangor juga mempunyai pertempuran tempatan (Perang Saudara) dan juga pertempuran yang diperjuangkan dengan Belanda dan Inggeris.

Perang Saudara melibatkan Sultan Abdul Samad, Raja Mahmud, Raja Abdullah dari Kuala Lumpur, Raja Sulaiman (penguasa Klang), Tengku Kudin, dan Raja Mahadi.

Ia kemudiannya adalah pertempuran untuk mendapatkan kuasa dan permainan politik di antara mereka yang berkuasa. Muzium ini terletak berhampiran dengan Altingsburd Lighthouse yang mana pengunjung boleh lawati selepas ke Muzium Kuala Selangor ini.

Sekarang, muzium ini dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: www.padat.gov.my

4) Pusat Warisan Kajang

Penubuhan Bandar Kajang adalah hasil daripada perlombongan biji timah dan penanaman getah. Pada tahun 1850-an, Daerah Hulu Langat merupakan tempat pertama untuk perlombongan bijih timah yang berada di Rekoh.

Sultan Abdul Samad menawarkan untuk membuka lombong bijih timah di Bukit Arang kepada Towkay Chin Ah Chan pada tahun 1868.

Pendatang Mandailing dari Sumatera adalah pelopor dalam membuka kawasan hutan di sekitar Kajang.

Pengunjung boleh melawat ke Pusat Warisan Kajang ini pada hari minggu sahaja pada pukul 10 pagi hingga 5 petang yang menawarkan pelbagai koleksi yang berkaitan dengan Bandar Kajang dan Daerah Hulu Langat. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: [email protected]

Bagaimanapun sebagai peringatan, pastikan kita sentiasa menjaga penjarakkan sosial dan fizikal ketika melawat muzium bagi mencegah sebarang penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain