suria

Sunway Lagoon, Sunway Lost World of Tambun masih ditutup,tapi tetap tawar pakej serendah RM11 pada 11 November

Sunway Lagoon ditutup kepada pengunjung sehingga 6 Disember 2020.

TAMAN tema Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun akan melanjutkan penutupan premis itu dari 9 November sehingga 6 Disember 2020.

Penutupan itu dibuat susulan pengumuman terbaharu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Semenanjung Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kini berstatus bandar raya, ini 5 destinasi menarik di Subang Jaya

Sehubungan itu, pihak pengurusan tama tema itu akan melanjutkan tarikh pengesahan tiket masuk taman tema untuk lawatan selepas tempoh PKPB bagi yang sudah membuat pembelian sebelum ini.



Sunway Lost World of Tambun di Ipoh juga ditutup kepada pengunjung.

Ini termasuk bagi mereka yang sudah membuat tempahan di Sunway Lost World Hotel, Ipoh.

Sunway dalam kenyataan kepada media menjelaskan, pihaknya berharap agar wabak Covid-19 segera pulih dan berjanji akan memberikan 'saat keriangan tidak ternilai' sejurus kedua-dua taman tema itu dibuka semula.

Sementara itu, Sunway Lost World of Tambun menawarkan tawaran hebat kepada pelanggan dengan pakej menarik pada 11 November 2020 melalui platform e-dagang mereka bermula dengan harga RM11.

Penstriman secara langsung di Facebook Sunway Lost World Of Tambun akan bermula pada tepat jam 11.00 pagi, para pelanggan boleh membeli beberapa pakej yang ditawarkan di laman web pada masa yang terhad.



Tawaran menarik untuk pelanggan Sunway Lost World of Tambun.

Ini merupakan pertama kali destinasi pelancongan menawarkan tiket masuk, bilik hotel dan pakej penginapan di Facebook secara langsung sebagai jualan 11.11.

Walaupun keadaan semasa tidak menentu pada ketika ini, Sunway Lost World Of Tambun menawarkan tawaran menarik di mana sah sehingga 2021.

Pengurus Besar Sunway Lost World of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azhari berkata, ketika industri pelancongan teruk dilanda wabak Covid-19, usaha kreatif untuk menaikkan pusat pelancongan tempatan sangat disanjung dan menjadi contoh bagi para pemain pelancongan tempatan yang lain.

"Sunway Lost World Of Tambun akan terus melakukan pembersihan secara mendalam selama tempoh ini sehingga tamat tempoh PKPB bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati detik-detik mereka yang mengagumkan tanpa sebarang keraguan dan penuh yakin," katanya.

Untuk keterangan lanjut serta mengenai kaedah dan garis panduan, pelanggan boleh melayari www.sunwaylostworldoftambun.com.my & www.sunwaylagoon.com.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain