SEJAK pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, antara industri yang paling terkesan adalah sektor pelancongan apabila kebanyakan negara menutup pintu masuk termasuk Malaysia. Disebabkan itu juga banyak lokasi menarik menjadi lengang dan sunyi daripada pengunjung termasuklah Taman Burung Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: Juliana Evans ajak orang ramai pusing Selangor, 3,000 frontliners pun dihargai... terima baucar RM200 Taman Burung Kuala Lumpur sebelum ini adalah antara destinasi popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara selain terletak berdekatan dengan lokasi menarik lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Peringatan Tun Abdul Razak dan Planetarium Negara. Antara spesies burung yang terdapat di Taman Burung Kuala Lumpur. Dibuka kepada umum sejak 1991, ia dibina di atas tanah berkeluasan 21 ekar dan menempatkan lebih 3,000 burung daripada 200 spesies yang berterbangan bebas di empat zon.Menariknya, kira-kira 60 peratus burung yang terdapat di taman itu berasal dari negara lain manakala bakinya adalah spesies tempatan. Masuk sahaja ke pintu utama Taman Burung Kuala Lumpur, pengunjung akan dihidangkan dengan suara burung yang sedang berkicauan serta terbang bebas. Terdapat burung enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakak tua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda mendiami taman burung ini. Pengunjung juga boleh bergambar dengan burung kakak tua. Memandangkan burung-burung di taman itu bebas berterbangan, pengunjung boleh memerhati mereka di kawasan terbuka dan jarak dekat seperti merak, burung kenyalang dan bangau. Jika berpeluang, pengunjung yang kebanyakannya golongan kanak-kanak dapat membantu petugas memberi makan sayur-sayuran dan buah-buahan kepada burung-burung yang ada di situ. Kebanyakan spesies burung ini juga sangat 'ramah' dan mesra kamera namun pengunjung harus mematuhi jarak kerana tidak semua gemar dipegang. Yang paling best, sebagai galakan pelancong tempatan berkunjung ke sana, Taman Burung Kuala Lumpur menawarkan pakej menarik sempena cuti akhir tahun bagi memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak menikmati alam sekitar. Potongan harga sebanyak 50 peratus diberikan kepada pengunjung sehingga akhir tahun ini. Sejak 14 hingga 31 Disember ini, potongan harga sebanyak 50 peratus diberikan kepada pengunjung di mana tiket masuk bagi dewasa hanya RM18 (harga biasa TM25) dan RM6 untuk kanak-kanak (harga biasa RM12). Ia dibuka kepada pengunjung setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Untuk maklumat lanjut layari www.klbirdpark.com. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!