KEBIASAANNYA jika ke Janda Baik, Pahang, pasti ramai daripada kita akan mengambil peluang untuk singgah ke Genting Highlands atau pun Bukit Tinggi memandangkan ketiga-tiga lokasi itu terletak berdekatan. Bagaimanapun, apa kata selepas ini lajak ke Bentong untuk menikmati pengalaman seni di Sari Chempaka Art Village (SCAV) serta mendalami seni pedalaman.ARTIKEL BERKAITAN: Peluang tengok 3,000 burung terbang bebas, Taman Burung KL tawar diskaun menarik sampai hujung tahun! Program Pengalaman Seni Pedalaman (Rural Experiential Art Experience) ini merupakan sebuah program pengstrukturan semula ruangan, sumber dan aktiviti seni luar bandar melalui kaedah pengumpulan data, kajian dan penambahbaikan. Sari Chempaka Art Village terletak di Bentong, Pahang. Potensi dan kearifan tempatan lokasi dan aktiviti seni ini akan diangkat sebagai produk pelancongan yang baharu. Pengerusi Persatuan Sari Chempaka Art Village, Muhammad Aimanuddin Kasman memberitahu menerusi inisiatif baharu Balai Seni Negara ini, SCAV mengambil peluang mengetengahkan Karak khususnya Sari Chempaka Art Village sebagai destinasi pelancongan seni negara yang baharu khususnya di negeri Pahang. Ini termasuklah dengan menganjurkan Program Seni Bersama Komuniti Negeri Pahang pada 19 hingga 22 Disember lalu. “Dengan penganjuran program ini, SCAV berharap para pengusaha homestay, sektor makanan, produk pelancongan dan lain-lain di sekitar Karak dapat berkongsi manfaat pada saat pandemik ini” katanya. Bengkel seramik antara mendapat perhatian pada program Seni Bersama Komuniti Negeri Pahang. Program Seni Bersama Komuniti Negeri Pahang merupakan sebuah karnival yang dibuka secara percuma penyertaannya kepada pelukis, komuniti dan pelancong luar. Antara aktiviti yang berlangsung adalah ‘Plein Air’, Bengkel Seramik, aktiviti ‘Drawing’, persembahan Lagu Tradisional Pahang, Pertukangan Parang dan Pembuatan Meja Epoksi. Untuk ke Sari Chempaka Art Village hanya mengambil masa perjalanan satu jam dari Kuala Lumpur dengan kenderaan merupakan lokasi yang terkenal dengan pelancongan alam semulajadi dan syurga bagi penggemar buah-buahan tempatan. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat dan pertanyaan lanjut boleh layari Facebook dan Instagram Sari Chempaka Art Village atau hubungi Muhammad Aimanuddin di talian 010-5567045. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!