suria

Bakal dibuka tak lama lagi, ini 5 fakta Genting Skyworlds yang perlu anda tahu!

Terdapat pelbagai tarikan di Genting SkyWorlds yang akan dibuka kepada umum tidak lama lagi.

TAMAN tema yang dinanti-nantikan di Genting Highlands iaitu Genting Skyworlds kini dalam proses akhir sebelum ia dibuka kepada pengunjung tidak lama lagi.

Genting SkyWorlds bakal menjadi sebuah taman tema luar yang mengujakan apabila ia dibina pada ketinggian 6,000 kaki dari aras laut.

ARTIKEL BERKAITAN: Menara Kuantan 188 kedua tertinggi dalam Malaysia, tarikan terbaharu di Pahang

Ia sekaligus menjadikan taman tema ini antara paling unik bukan sahaja di rantau ini tetapi di peringat global.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai Genting SkyWorlds.

1. Dibuka kepada orang ramai tahun ini!

Pertanyaan mengenai bilakah SkyWorlds akan dibuka bukan perkara baharu apatah lagi ramai sudah menunggu lama berita ini.

Jika tiada sebarang masalah dan perubahan, taman tema itu dijangka akan beroperasi pada suku kedua tahun ini iaitu sekitar Jun atau pun Julai.

2. Tarikan sembilan alam!

Genting SkyWorlds bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan ‘alam’ yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan – Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio.

Setiap ‘alam’ akan menampilkan pelbagai permainan dan tarikan untuk seisi keluarga. Tarikan-tarikan ini dirancang dan dicipta untuk menyemarakkan daya imaginasi melalui pengalaman imersif, seperti dibawakan terus-menerus dari babak-babak filem.

3. Pengalaman beli-belah dan restoran

Kunjungan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk membeli-belah, menjamu selera dan menikmati hiburan yang unik dan menyeluruh untuk seisi keluarga.

4. Logo Genting SkyWorlds

Logo Genting SkyWorlds yang baharu diperkenalkan menampilkan gabungan awan, lima bintang, dan fakad Genting SkyWorlds.

Umpama permata di atas mahkota, awan di dalam logo melambangkan persekitaran taman tema dan penawaran ‘tertinggi’ kepada pengunjung. Lima bintang pula bermakna pengalaman premium yang ditawarkan oleh Genting SkyWorlds dan lima nilai teras jenama iaitu kerja keras, jujur, harmoni, setia dan prihatin.

Sementara itu, warna-warni pada fakad Genting SkyWorlds di dalam logo bersinar, penuh inspirasi dan menyempurnakan pengembaraan fantasi.



Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Resort World Genting, Lee Thiam Kit.

5. Kerjasama bertaraf antarabangsa

Selain dari Harta Intelek (Intellectual Properties/IPs) asli dan menarik yang dimiliki sendiri, Genting SkyWorlds juga menggabungkan jenama dan IP daripada 20th Century Studios di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia, yang dijayakan melalui kerjasama strategik di antara Genting Malaysia dan 20th Century Studios.

Antara IP yang ditampilkan ialah Ice Age, Nights at the Museum dan Planet of the Apes.

Menurut Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Resort World Genting, Lee Thiam Kit, Genting SkyWorlds merupakan hasil kerja keras bertahun lamanya dan dedikasi pasukan kami dan rakan kerjasama dari serata dunia.

"Kami sedang melaksanakan persiapan terakhir untuk taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara. Pihak kami yakin dapat menawarkan pengalaman terbaik kepada pengunjung," katanya.

Artikel Lain