LIMA bulan lalu Klong Ong Ang (sebelum ini dikenali sebagai Saphan Lek) di Phra Nakhon, Bangkok menjalani kerja pengubahsuaian dan hasilnya terusan itu mendapat pujian ramai. Projek itu dilakukan oleh kerajaan Thailand sejak Mac lalu turut mendapat pengiktirafan United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) Asian Townscape.ARTIKEL BERKAITAN: Thailand buka pintu kepada pelancong Julai 2021, ini syarat yang ‘kaki travel’ perlu tahu sebelum tempah tiket Kini ia menjadi tempat tumpuan pelancong domestik dan disebut-sebut akan diserbu pelancong asing apabila pintu sempadan kembali dibuka. Pemandangan indah waktu malam. Mana tidaknya, terusan itu dahulu cukup terkenal dengan airnya yang kotor memandangkan sisa kumbahan daripada rumah-rumah di sekitarnya dibuang terus ke dalam sungai. Namun kini, tiada lagi bau busuk dan najis yang timbul di dalam sungai sebaliknya airnya kini bertukar jernih dan ikan-ikan mula kelihatan berenang bebas di dalamnya. Tidak hanya kebersihan, Klong Ong Ang sebelum ini turut terkenal dengan aktiviti jenayah dan tumpuan penyeluk saku yang mencuba nasib ketika pasar malam dibuka setiap Jumaat. Ekoran itu, ramai yang menggelar kawasan itu sebagai sarang jenayah dan aktiviti perniagaan yang dijalankan semakin merosot akibat pengunjung bimbang menjadi mangsa penyeluk saku. Salah seorang penduduk di situ, Wanna Suchatnitikul, 59, memberitahu teruja dengan perubahan drastik terusan itu selepas 30 tahun terpaksa mehanan bau busuk dan sampah sarap. Aktiviti kayak turut disediakan. Bagi mengatasi masalah itu, pihak berkuasa juga menghalang sebarang penggunaan kanvas dan payung bagi memudahkan mengesan penjenayah. Selain itu, ia bagi membolehkan keindahan terusan itu dilihat dari jauh dalam menarik perhatian pengunjung ke situ. Sementara itu, pihak berkuasa Bangkok sedang dalam perancangan untuk menaik taraf terusan lain di kota itu termasuk Klong Chong Nonsi sepanjang 4.5 kilometer di sepanjang Jalan Narthiwat Ratchanakarin. Ia yang mengalami pencemaran akan diubah menjadi terusan terpanjang di Bangkok tidak lama lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!